Blogger Widgets

Saturday, September 29, 2012

Petua hari ini

Posted by moonlight at 9:46 PM 2 comments
Sudah hampir 4 tahun perkahwinan kami...

sangat tension...

tapi tetap sabar...

itu saje yang boleh di buat skang..

seorang mak member..bg petua..

- goreng padi..makan sama ngan kelapa muda (kelapa hingusan).. = ini untuk lelaki amalkan..

terharu dengan mak member sbb amik berat tentang kami..tak la mcm setengah org..hanya bertanya n then kdg2 sindir2..bukan nak membantu atau bg petua atau nasihat atau beri semangat..

terima kasih mak cik.. :x

p/s : kena cari padi ngan kelapa..susah tul nak dapatkan sesuatu yang sangat2 kite nak kan..tak pe...GAMBATENE!

Saturday, September 15, 2012

kenapa di uji

Posted by moonlight at 7:25 PM 0 comments
rentetan apa yang menimpa akhir2 ini..membuatkan sy terfikir..kenapa sy di uji dengan ujian kecurian, dan sakit cirit sebelum kehilangan orang yang paling sy sayang dunia dan akhirat..Hajah Nafisah binti Abu Bakar..ibu mithali yang telah melahirkan sy ke dunia ini..

Al-fatihah buat ma...

pertama..kecurian di rumah..membuatkan sy terfikir..mungkin jugak Allah tentukan ia terjadi tanpa kehilangan apa-apa..sbb Allah nak ma sy mai umah sy buat kali terakhir..

kedua..sehari sebelum ma menghembuskan nafas, sy cirit dan terpaksa cuti dan duduk di rumah ma..mungkin Allah nak sy spend mase terakhir dengan ma dan rasai masakan ma yang terakhir...

rindu nak salam tangan ma..hari tu la kali terakhir sy dapat kucup tangan ma..

skang tak sanggup tgk bak sorang..sian sangat kat bak dengan kesihatan yang tak berapa sihat..ye ade anak2 duk situ dan datang jenguk..tapi tak sama dengan perhatian dan jagaan seorang isteri yang hidup bersama selama 52 tahun..harap bak tabah dan di panjangkan umur..

Rindu ma sangat2... :( di hari minggu begini la akan keluar shopping dengan ma...

Thursday, September 6, 2012

Perkara Pelik

Posted by moonlight at 1:43 PM 1 comments
Tepat jam 130 pagi khamis malam jumaat (mlm ni)..genap lah ma pergi meninggal kan kami selama sebulan.. Ya Allah tempatkanlah ibu ku di syurga...terangilah ibu ku di sana.. ~AL-FATIHAH~

23 Ramadhan

2 hari selepas ma kembali pada penciptanya.. seekor kucing comel datang ke rumah bak..tapi keesokkan nye tiada

27 Ramadhan

jam 5 pagi..suasana tenang dan cukup nyaman..satu family nmpk bulan dan bintang mcm lambang kat atas kubah masjid.. dan dibayangi awan dengan bentuk kalimah Allah..adakah itu malam lailatul qadar..wallahuahlam..

kucing tu muncul lagi..tapi selepas tu langsung tidak muncul..

sayang nye time ni sy berada di rumah sy sendiri masih dalam kesedihan kehilangan ma tersayang..kehilangan ma maka hilang lah suara sy untuk bercakap..skang pun still serak2 basah..

14 Syawal

masak kepah berlada.. abg terjumpa mutiara di dalam kepah yang telah sy bwk kan untuk umah bak..

pelik..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers