Blogger Widgets

Friday, December 9, 2022

Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.

Posted by moonlight at 9:46 PM 0 comments

 Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.


Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling dikenal umat Islam adalah Abu Hurairah Ra. Sahabat bernama asli Abu Syams ini yang kemudian diganti namanya oleh Rasulullah SAW menjadi Abdurrahman dikenal dengan nama Abu Hurairah kerana kecintaannya kepada kucing. Nama Abu Hurairah tetap diingat kerana sudah meriwayatkan 1609 hadis. 


Di masa hidupnya, Abu Hurairah merupakan seorang yang zuhud. Dia hidup bergelimang kemiskinan. Dikutip dari 101 Sahabat Nabi yang ditulis Hepi Andi Bustoni, Abu Hurairah pada satu waktu merasa sangat lapar. Dia pun mengikatkan batu diperutnya. "Sesudah itu saya duduk di jalan yang biasa dilewati para sahabat,"ujar Abu Hurairah. 


Maksud penyayang kucing itu hendak mencegat Abu Bakar Shiddiq yang pulang dari masjid untuk menanyakan tentang ayat Alquran. Dengan harapan, Abu Bakar akan mengundangnya ke rumahnya untuk makan. Malang, harapan Abu Hurairah sirna. Abu Bakar tak juga mengajaknya untuk pulang bersama. 


Tak lama kemudian, lewatlah Umar bin Khattab. Abu Hurairah kembali menanyakan ayat Alquran kepada Umar. "Tetapi dia juga tidak mengajakku,"kata Abu Hurairah.  Setelah itu lewatlah Rasulullah SAW. Dia pun mengetahui apa yang dirasakan Abu Hurairah dan menegurnya. Rasulullah kemudian mengajak Abu Hurairah untuk pulang kerumahnya. 


Tiba di rumah, Rasulullah mendapatkan sebelangga besar susu dari istrinya. Kata sang istri, susu tersebut diantar seseorang untuk Rasulullah. Beliau pun meminta Abu Hurairah memanggil para ahli shuffah untuk datang ke rumahnya. "Sesungguhnya saya segan memanggil mereka. Apa yang bisa diperbuat dengan semangkok susu bersama-sama dengan ahli shuffah?Saya sangat mengharapkan susu itu untuk menguatkan tubuhku,"kata Abu Hurairah di dalam hati. 


Meski demikian, Abu Hurairah menaati perintah Rasulullah. Orang-orang miskin pun datang ke rumah Rasulullah. Usai  Rasulullah duduk, dia pun meminta kepada Abu Hurairah untuk membagikan susu itu kepada para ahli shuffah. 


"Aku ambil semangkok susu, lalu kubagikan kepada mereka. Mereka minum bergiliran sampai puas. Setelah mereka puas, kuambil mangkok susu itu kembali lalu kusuguhkan kepada Rasulullah. Beliau menengok kepadaku sambil senyum. Kata beliau, 'Yang belum minum saya dan kamu'. 'Betul ya Rasulullah!' 'Minumlah terlebih dahulu'.


Abu Hurairah kemudian meminum susu itu sampai puas. Sampai-sampai Abu Hurairah berkata."Demi Allah yang mengutus anda dengan agama yang hak. saya tak sanggup lagi, saya sudah kenyang!"Rasulullah pun mengambil mangkok itu. Dia lantas meminum susu yang masih tersisa.


p/s : Hebat mukjizat Nabi Muhammad S.a.w.. susu yang sedikit Allah bg cukup.. Hebat Allah.. Allah maha mencukupkan.. Subhanallah.. Allahuakbar! 😍

Tuesday, November 15, 2022

MEMULIAKAN TETAMU

Posted by moonlight at 10:29 PM 0 comments

 Hadis Memuliakan Tetamu.

Moga peroleh keberkatan, redha Tuhan & eratkan silaturahim. 



🏠Tuan RUMAH dianjurkanπŸ˜‰ :


1) Layan tetamu dengan sebaiknya, sambut dengan mesra & senyum.Jika ada tetamu mempunyai ahli keluarga kurang upaya/dsb bertindak tidak menyenangkan hati atau

memungkinkan sebarang kejadian, gunakan kebijaksanaan menyelesaikannya & tidak buat mimik muka supaya tetamu tidak terasa hati. 

2) Jamu makanan terbaik & ikut kemampuan tuan rumah.

3) Tidak bezakan layanan tetamu

4) Ucapkan terima kasih & penghargaan kerana datang. 

5) Hantar & iring tetamu ke pagar rumah.


πŸ§•πŸ™†‍♂️πŸ‘¨‍✈️Bagi tetamu πŸ§•πŸ™‹‍♀️🀷‍♂️πŸ‘¨‍πŸ’Ό:


1) Perlu jaga adab. Jangan berkata yang tidak elok. 

2) Menjamah makanan tuan rumah. Jika tidak mengikut selera, jangan bercakap sehingga mengguriskan hati tuan rumah. 

3) Jika ada buah tangan sebagai hadiah lebih baik. Perlakuan dapat menyuburkan lagi kasih& sayang. 

4) Jangan terlalu lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak selesa @khuatiri ganggu perancangan tuan rumah

5) Mendoakan tuan rumah


p/s : copy paste dari fb. Tq pada yg shareπŸ€—

Thursday, August 11, 2022

7 pesan atau nasihat Sayyidina Ali bin Abi Thalib

Posted by moonlight at 12:18 PM 0 comments

 7 pesan atau nasihat Sayyidina Ali bin Abi Thalib:


1. Jangan Bicara Tentang Hartamu di Hadapan Orang Miskin

2. Jangan Bicarakan Tentang Sihatmu di Hadapan Orang Sakit

3. Jangan Bicara Kekuatanmu di Hadapan Orang yang Lemah

4. Jangan Bicara Kebahagiaanmu di Hadapan Orang Sedih

5. Jangan Bicara Kebebasanmu di Hadapan Orang yang Terpenjara

6. Jangan Bicarakan Anakmu di Hadapan Orang yang Belum Punya Anak

7. Jangan Bicarakan Tentang Orangtuamu di Hadapan Anak Yatim-Piatu


Jadikan renungan dan amalan kita dalam menjalankan hidup ini.

Thursday, August 4, 2022

Cara Renew Kad Debit Bank Maybank

Posted by moonlight at 5:08 PM 0 comments



Renew kad atau ganti kad secara online..Mudah, tak payah beratur panjang kat kad.. sebenarnya ada 2 cara.. secara online atau pun secara mesin dekat mana2 cawangan yg tersedia.. 

Tapi for me, i prefer online je.. sbb senang dan maybank akan pos kad baru terus ke rumah kita..

Ni step nya..

1. Masuk laman web maybank. Login seperti biasa



2. pilih setting, kemudian tekan cards

3. pilih  debit card- repalce, active & block. semak info nama alamat utk memudahkan proses pengeposan.. pengeposan kad baru mengambil masa 9hari.

4. Kemudian tekan titik2 3 tu..pilih replace card.. ikut je stel yg keluar.. kemudian dan selesai.. tunggu bila kad baru dan sampai kat rumah, boleh tekan active pula utk mengaktifkab kad baru.



5.  Bila kad baru dah sampai.. boleh lah aktif kan.

6. kad sampai dengan pengeposan pos laju

kad lama dan kad baru. maybank bg background sama lagiπŸ˜…

Alhamdulillah.. selesai tukar kad yg hampir luput tarikh tahun ni ke kad baru luput bulan 8 2028.. 

Sunday, July 31, 2022

Panduan Pindah Milik Tanah Borang 14A

Posted by moonlight at 5:57 PM 0 comments

 Step tukar nama tanah

  • isi borang 14A yg boleh diperolehi dari pejabat tanah atau pun download online.
  • Sediakan dokumen yg diperlukan.
  • masuk bilik penyaksian borang utk tandatangan pemberi dan penerima
  • hantar borang ke LHDN 
  • isi borang duti setem LHDN
  • staf lhdn akan semak borang dan berikan balik kepada kita
  • tggu surat dr lhdn utk penilaian byrn LHDN
  • jika tidak dpt surat dr lhdn 30hari boleh call lhdn
  • lhdn akan hantar surat nilai perlu dibayar 1% dari harga tanah. bayaran perlu dijelaskan dlm tempoh yg diberitahu dalam surat.
  • setelah selesai bayar, hantar balik semua borang 14A serta resit bayaran lhdn ke pejabat tanah. 
  • staf kaunter akan semak, kemudian keluarkan cas khidmat utk satu bidang tanah
  • ambil no untuk bayar cas dan ke kaunter bayaran. jika ada tunggakan cukai tanah, perlu dijelaskan sekali dengan bayaran cas khidmat tersebut.
  • jika perlukan segera, tunggu dlm 2 jam masa bekerja utk dptkan geran baru. kita dinasihatkan utk mengambil geran baru dlm masa seminggu kemudian. 
  • selesai pindah milik tanah.




Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers