Blogger Widgets

Saturday, September 22, 2018

Sebuah Pertemuan

Posted by moonlight at 8:22 PM 0 comments
Setiap pertemuan itu bukan satu kebetulan.. Namun ia telah ditetapkan oleh Allah...

Dalam hidup ini tiada istilah kebetulan. Qada dan Qadar Allah telah tertulis sebelum kita wujud lagi di dunia ini. Oleh itu hargailah satu pertemuan. Sama ada sebuah pertemuan itu baik buat kita atau pun sebaliknya.

Betulkan? Mesti kita semua punya banyak pengalaman. Pengalaman yang baik atau buruk dalam sebuah pertemuan dengan manusia sekeliling kita. Sesungguhnya jika kita ditemukan dengan seseorang dengan pertemuan yang kurang baik, bersangka baiklah, sebab kemungkinan Allah temukan kita dengannya untuk menduga atau hanya untuk memberikan pengalaman dalam hidup kita. Usah membenci jika seseorang pernah menyakitkan kita. Maafkanlah dia. Walau pun pahit untuk ditelan. Doakan kebaikan buatnya.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Semua didunia ini tidak ada yang kekal. Semua akan kembali kepada Yang Maha Kuasa. Allah yang menghidupkan dan Allah jualah yang mematikan. Adakah kita bersedia untuk kembali pada Nya? Zaman Sahabat Nabi Muhammad (S.A.W) dulu, sahabat menantikan detik kematian. Sebab apa? Sebab sahabat di dunia lagi pun Allah dah bagi gelaran RodiAllahuanhu ( Redha Allah padanya ). Allah dah redha perjuangan dakwah sahabat nabi di dunia lagi. Kita?? Kita lebih sayangkan dunia. Sebab kita tak nampak alam yang kekal di sana. Semua orang bila berbicara tentang mati, mesti takut kan? Sebab kita masih merasakan amalan kita tidak cukup dan betapa banyaknya dosa yang kita lakukan.

Selagi hayat dikandung badan, sama-samalah kita mencari redha Allah dan berusaha untuk tidak melakukan dosa dan larangan Allah. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Sebab tu perlu nasihat dan ingatkan dari orang sekeliling kita agar kita tidak alpa dengan dunia yang sementara ini. Carilah sahabat yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan. Sentiasa dekatkan diri kita dengan orang yang baik, alim ulamak. Doa semoga Allah mempertemukan orang yang baik-baik sepanjang kita hidup agar kita tidak terpesong dari landasan agama.

Semoga kita bertemu didunia ini akan membawa kepada bertemunya kita di syurga nanti.. aaaminnn..

Wednesday, August 29, 2018

Cara Simpan Sayur Supaya Tahan Lama

Posted by moonlight at 8:40 PM 0 comments
Assalamualaikum...

Fuh.. lama tak menaip.. ngadap laptop pun  dah jarang sejak kerja surirumah sepenuh masa ni.. hahaha.. Almaklumlah.. suri di hati suami kan.. jadi banyak lah masa kena beri lebih skit buat suami.. chewaaaahh...

Perasaan nak menaip dalam blog ni mmg sentiasa ada.. tapi apa kan daya.. kekangan masa utk buka laptop tu lah.. kang kalau ngadap laptop ni.. mmg berterabur rumah, masak pun tergendala, layan hubby borak pun tak terlayan.. jadi dunia blog ni kena lah slow skit..

Oleh kerana sekarang dah kerja suri rumah.. kerja ke?? hello kerja ok.. penat die berbeza dari kerja pejabat.. tapi apa pun i is bersyukur dan happy jerr.. kalau ade kerja kerajaan pejabat kosong bgtau la i.. teringin jugak kerja kerajaan.. hahaha.. tp syarat hubby.. kerja kena yang patuh syariah..

Oh berbalik pada tajuk kita.. cara simpan sayur supaya tahan lama.. sebenarnya stress jugak la, simpan sayur dlm peti mesti tak tahan lama... jadi kesudahan nya kena beli hari2 sayur (ni time rajin masak la).. hahaha.. google punya google dapat la info ni.. dan ada yang dah cuba, dan Alhamdulillah menjadi.. :)






Simpan yer.. boleh rujuk dan korang pun dapat ilmu sama.. Oh ya. selain tu.. kalau sayur pegaga atau ulaman, simpan dlm peti dengan air terendam dan bekas tertutup. boleh tahan dalam 1 mggu jugak la.. apa pun berbalik pada Allah.. Allah jaga semua tu.. kalau Allah nak bagi tahan sebulan pun boleh.. okay.. selamat merakam ilmu dapur yer.. ;)

Tuesday, August 14, 2018

Tips Muslimah Ke Pulau dan berenang

Posted by moonlight at 11:48 PM 0 comments
Tips Muslimah Ke Pulau dan berenang.

  1. Bawa baju renang muslimah.. Kalau nak jimat bawa je baju tshirt muslimah yang labuh dan lengan panjang.
  2. Seluar panjang warna gelap dan tidak melekat pada bdn.
  3. Tudung labuh sarung dan bahagian muka bia melekat pada muka, sbb nnti nak pakai gugel tu senang.
  4. Stokin tangan (stongan) bawa juga. supaya aurat tangan terjaga time berenang
  5. Stokin kaki yang tidak jarang.. the best choice adalah stoking silvy opaque warna coklat gelap atau hitam. Nak order dengan kita boleh.. kita ade jual.. haha. Kita jual sekotak ade 7 pasang rm50 include postage( harga sekarang, maybe naik jika supplier naikkan harga )
  6. Spek mata hitam jgn lupa.. sana tghari panas silau mata.
  7. Topi cantik untuk elak dari kepala panas
  8. Yang paling penting!!!! bawa SUNBLOCKKK!!! boleh google sunblock mana yang elok. Tak bawa ni mmg lepas snorkeling korang akan burnnnnnn kulit nyeee.. 
  9. Nak berenang or snorkeling, selipar tak payah pakai pun. Jadi tak payah nak fikir selipar apa yang sesuai.. hehe..
  10. Life jacket / jaket keselamatan.. wajib sewa yer. sbb bila berenang, life jacket tu cover dada atau tudung bila melekat semasa dan selepas berenang. Bukan sekadar selamat dr lemas jer.. heheh..


Itu je lah setakat ni.. semoga bermanfaat okay.. Jaga lah aurat sebaik-baiknya.. Semoga Allah pun sayang.. 

Monday, August 13, 2018

Trip Honeymoon Pulau Redang 8/8/2018-10/8/2018.

Posted by moonlight at 11:45 PM 0 comments
Trip Honeymoon Pulau Redang 8/8/2018-10/8/2018.

Alhamdulillah Allah bg rezeki utk sampai di Pulau Redang. Kami ambil pakej 3 hari 2 malam di Redang Lagoon Chalet. RM300 untuk satu kepala. Kalau lagi ramai lagi murah. Harga dari rm260. Yang kami ambil ni untuk hari bekerja, bagi weekend harga die mahal sikit. 
MashaAllah..Indahnya ciptaan Allah


Pakej Redang Lagoon Chalet
Pakej Redang Lagoon Chalet

Naik ferry dari jeti shahbandar, kuala terengganu dalam jam 10.30pg. Sampai di sana dlm jam 12 tghari. Sampai2 je check in terus mkn tghari. Jam 2.30 ptg kami di bawa ke open sea utk snorkeling. Jadi ada masa nk rehat sekejap dan ada masa nak solat. Oh ya, kat chalet ni ada suaru tau. Kami dpt bilik betul2 depan surau. Surau chalet ni nama surau barokah. Bilik kami A2. Jadi senang lah hubby solat di surau 5 waktu berjemaah. 
Surau Barokah, Redang Lagoon Chalet, Pulau Redang.

Sebelum pergi tu hubby dah ckp kalau boleh nk pulau yang masjid atau surau hidup solat jemaah 5 waktu. Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Jam 2.30 berkumpul depan cafe dan kami dibawa naik bot untuk ke laut dalam. Subhanallah MasyaAllah.. sampai2 je kagum dengan ciptaan Allah.. Allah maha berkuasa. Boleh cipta pelbagai jenis, warna dan rupa ikan dan semua sahaja dlm laut dalam tu. 

Oleh kerana i ni tak pandai berenang, takut jugak sebenarnya. Oh ya, sblm snorkeling tu, silalah sewa jaket keselamatan dan gogel yer.. rm20 per person utk 3 hari. Mula2 turun dr bot tu, berdebar jugak la.. takut tenggelam, mujur ade jaket keselamatan tu.. maka timbul lah diri ini di laut dlm tu.. hahaha.. Semua diberikan 1jam snorkeling puas2 kat situ.. 
tangga tingkat atas dalam bilik

tilam tingkat atas


katil bawah

Chalet kami


Snorkeling


snorkeling - open sea

Taman Laut

Open Sea

Dari boat snorkeling kena harung air laut ke tepi pantai

Pemandangan dari tepi pantai pulau redang

Ikan2 tepi pantai pulau redang

pemandangan pulau redang

pemandangan pulau redang

Tunggu boat utk balik sblm transfer ke ferry

Pulau Redang

Redang Lagoon

Redang Lagoon

Redang Lagoon

Redang Lagoon


Pulau Redang


------
Balik dari open sea, kami sambung lagi swimming dan snorkeling tepi pantai. Alhamdulillah.. sepanjang disana cuaca redup je.. tak panas dan tak sunburn mane lah kami. Dlm jam 5 gitu minum petang. Oh ya.. kat sini lauk tghari hidang buffet. Jadi mkn lah puas2 yer. Lauk pun sedap, masakan melayu. mmg sesuai sangat kita duk sini. Lagipun dekat chalet ni org bukan islam tak ramai. maka tak de lah yang tak best sgt. Chalet2 lain yang sebelah menyebelah je, malam2 mesti ade nyanyi2 joget2, pesta arak pun ade, yang ‘sotong’ berjemur tepi pantai tu mmg pandangan biase kat sini.. well pulau kan.. mmg tempat org putih hitam kan badan berjemur..heheh.. 

Makan malam dalam jam 7 malam hingga 9 malam. Malam pertama ni kami ada BBQ.. pihak chalet sediakan ayam, sotong dan ikan utk kita bakar sendiri.. Ambil lah banyak mana pun bakar lah sendiri. Nasi goreng, mee goreng, sos pun ada.. Lepas isyak kami keluar jalan2 sekitar pantai. ada yang buat persembahan tarian, ada yang buat persembahan api.. tp sorry saya tak berminat semua tu. Jadi kite ajak hubby balik bilik.. Baik tidur.. hahaha.. Dlm bilik kami tak de TV, tp internet kat sane 4G jer. Tak pasti bilik sblh ada tak.. talian telefon kami Celcom. talian telefon selain tu kami tak pasti ade kuat atau tak kat situ. 
cafe redang lagoon chalet

sarapan pagi

sarapan pagi - nasi lemak
sarapan pagi

Just nk pesan, kalau korang ke chalet redang lagoon mcm kami, bwk ubat nyamuk elektrik yer! hahaha.. bilik kayu.. apa kamu rasa? lagipun pulau kan.. ofkos la nyamuk ada. Satu lagi jgn bwk mknn yang tak bertutup ke dlm bilik yer.. sbb ada kes cik siti mkn mknn korang.. tau tak cik siti tu apa??? Bilik kami dpt tu ada 2 katil queen.. satu kat bwh.. satu kat tingkat atas. bilik pun ada aircond. bahagian atas ade kipas. Pekerja kat situ ckp kalau ada nyamuk boleh mintak penyembur kat kaunter. tp kami tak mintak pun. sbb seekor hari pertama aku dah tamat riwayat dengan darah melekat kat tgn. dan seekor lagi hubby tamatkan riwayat hari last. Ala tak banyak pun. tp bg diri ini yang pantang dengan nyamuk mmg rase rimas lah jugak. hehehe..

Hari Kedua jam 9.30 pagi kami berkumpul depan cafe untuk ke Taman Laut. Nama tempat ni Marine Park. Asal nama Marine Park ni ialah Pulau pinang.. Ia merupakan penempatan asal penduduk sblm dipindahkan ke pulau redang. Nak ke Taman Laut ni pun kena naik bot. Perjalan kurang 1jam je. Kat ni ikan dia besar2.. Kami diberi masa 1 jam untuk snorkeling puas2 kat Taman Laut ni. 

Balik dari Taman Laut terus mkn tghari, rehat dan solat zuhur. Jam 2.30ptg snorkeling lagi di Open Sea. Buat yang nak ke tempat penyu, boleh beri nama pada org bot. Yang berminat boleh beri nama time Taman laut lagi. Tapi cas akan dikenakan sebanyak rm35 per person utk yang nk ke laut ada penyu. Yang ni bukan dlm pakej chalet. Kami pilih nk snorkeling kat open sea je.. sbb tak puas lagi snorkeling semalam.. hehe. Hari ini kami dibawa ke laut dalam lain dr semalam. Yang ni air dr atas bot nmpk gelap.. bila turun.. fuhhh sejukk airnya.. Tapi kena hati2 sbb banyak terumbu2 karam yang tinggi.. silap2 kena kaki boleh luka. Tapi kat sini ikan nemo, ikan cantik2 dan pelbagai warna sangat cantikkk.. Hebatkan Allah.. MasyaAllah.. 

Masa snorkeling sini pun hanya 1 jam diberikan. Tapi kali ni tak lama.. sbb hujan.. pekerja chalet dah ckp, sini kalau hujan 5-10 minit je. lepas tu dah berhenti. Oleh sbb kami tgh laut, jadi org bot ajak balik. Sbb takut ribut. Sampai je tepi pantai, hubby sambung lagi snorkeling tepi pantai.. Saya jadi pemerhati je la.. sbb tangan dah lenguh. almaklum lah diri ini tak pandai berenang.. nak ke bot pun kena la jugak ala2 berenang walau dah terapung.. hahaha.. 

Petang mcm biase ada mkn ptg.. Lepas tu kami jalan2 sekitar pulau redang. Sepanjang pantai byk chalet dan hotel.. pilih lah nak yang mana. Tapi sy pilih redang lagoon sbb ada surau, owner melayu dan murah.. jimat kan.. Yang penting bg kami boleh cipta kenangan bergambar puas2.. haha.. 

Malam hujan, jadi kami malas nak keluar jalan2.. mcm biase mkn dan tidur awal.. hehe.. Esok pagi2 lepas sarapan jam 7pg kami dah keluar mandi dan snorkeling lagi tepi pantai.. Oh ya. sila bwk roti yer.. ikan kan sini tggu je roti kita bawa.. Tapi plastik roti make sure buang dlm tong sampah yer.. jgn buang dlm laut yang terpelihara tu plak. If korang bg roti mmg cantik ambil gambar dlm air.. sbb korang akan dikelilingi ikan.. what a wonderful world... haaaa.. tepukk.. eh! heheh..

Jam 10 pg siap2 check out dan sambung lagi sessi bergambar sampailah bot transit sampai utk dibawa kami semua ke ferry.. Bye bye Pulau Redang! Best dan happy! Thanks my hubby! Our trip always not plan.. tetiberrrr jerrr.. mujur wifey ni relax jerr.. ahaks! 
 
10/8/2012-10/8/2018 ALFATIHAH BUAT MA (NAFISAH BT ABU BAKAR)

Tuesday, August 7, 2018

Qurban 2018

Posted by moonlight at 11:58 PM 0 comments
Assalamualaikum


Ibadah BESAR di bulan Zulhijjah kian hampir tiba iaitu IBADAH QURBAN.
eQurban Ihsan Sdn Bhd menawarkan khidmat kepada anda semua untuk menyertai program Qurban dan Aqiqah bersama equrban  tahun 2018 :

“KAMI MUDAHKAN ANDA UNTUK BERIBADAH”
TEMPAHAN online Hanya KLIK:
eQurban  
 
Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
Hantar tempahan.

Haiwan telah TERSEDIA sebab kami satu-satunya operator Qurban dan Aqiqah di Kemboja yang menternak haiwan sendiri. Bekalan untuk Qurban telah disediakan dari sekarang.
Harga munasabah

Qurban/Aqiqah :
👉Lembu Kemboja/Afrika : RM400/bahagian
👉Lembu Malaysia : RM600/bahagian
👉Kambing Luar Negara : RM650/ekor
👉Kambing Malaysia : RM800/ekor
👉Kambing Mekah: RM550/ekor

Beribadah sambil membantu : Walau anda cuma nak buat ibadah Qurban/Aqiqah dengan kami tapi SEBENARNYA anda juga turut membantu 3 golongan ni :

👉 Fakir/Miskin/Ibnu Sabil yang perlukan makanan melalui agihan daging ni.
👉 Hidupkan kitaran ekonomi golongan penternak yang kami lantik dan bebaskan mereka dari kemiskinan
👉 Hidupkan dan kukuhkan Institusi Pendidikan melalui pelan jangka panjang eQurban & Cambodian Muslim Cooporative (CMC) untuk warga Muslim Kemboja yang memerlukan tranformasi pendidikan sesuai keperluan mereka.

Tak perlu fikir macamana nak agihkan/masak daging ibadah ni…kami uruskan semuanya bersama CMC yang mempunyai jaringan sosial yang tersusun.
Ada bukti perlaksanaan ibadah – SIJIL PERLAKSANAAN BERGAMBAR. Pemberitahuan serta LINK untuk download sijil akan di email kepada anda.
----------------------------------------
Ikuti cara tempahan mudah hanya dengan :
1)TEMPAHAN ONLINE : eQurban
✓ Pilih Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers