Wednesday, December 9, 2009

Lapang Dada





“Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang,

engKau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah,

semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit.

Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,

Sebenarnya jiwamulah yang sempit bukan dunianya.”

(Ar-Rafi’i)

Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan hati dan langkah kita dalam kebersamaan di jalan ini. Semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa terhimpun pada kita.

Saudaraku,

Dalam perjalanan yang panjang ini, kita sememangnya memerlukan bekal bagi membolehkan kita mengharungi arus duniawi dengan selamat dan sentiasa berada di landasan yang benar. Bekalan tersebut ialah sikap lapang dada, bernafas panjang dan mudah memaafkan. Inilah yang telah membolehkan orang-orang soleh terdahulu berjuang walaupun dalam suasana getir untuk melaksanakan ketaatan. Inilah yang menjadi bekal Rasulullah tatkala berhadapan dengan penghinaan dan cacian masyarakat sekeliling ketikamana baginda melaksanakan misi kenabian.

Saudaraku,

Kisah orang-orang soleh terdahulu sentiasa menjadi sebutan dek kerana kemantapan jiwa mereka dalam memandang kehidupan dunia.

Suatu hari, Ibrahim An Nakh’I keluar berjalan bersama temannya, seorang yang buta. Setelah lama menyusuri jalan, rakannya yang buta mula bersuara, “Ya Ibrahim, orang-orang yang melihat kita ramai yang menghina kita dengan panggilan itu orang buta, orang pincang.” Orang buta itu seakan-akan tertekan dengan panggilan tersebut. Lalu Ibrahim dengan tenang menjawab, “kenapa engkau begitu terbeban memikirkannya? Jika mereka berdosa kerana menghina kita sedangkan kita mendapat pahala, lalu kenapa?”

Fudhail Bin Iyadh, seorang ulama Tabi’in yang cukup terkenal dengan ketakwaannya menceritakan, suatu ketika, saat beliau sedang duduk di masjidil haram, beliau didatangi seseorang yang sedang menangis. Fudhail bertanya, “kenapa engkau menangis?” lalu orang itu menjawab, “Aku kehilangan beberapa dinar yang aku pasti ianya telah dicuri.” Fudhail kembali menyoal, “Apakah disebabkan dinar itu sahaja engkau menangis?” orang tersebut lantas memberi jawapan yang sungguh mengejutkan. “Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu dan aku sangat kasihan akan nasib pencuri itu nanti. Itulah yang membuatkan aku menangis..”

Iman seperti apakah yang mereka miliki wahai saudaraku? Ujian dunia langsung tidak melemahkan semangat juang mereka. Mungkin mereka berduka, bersedih, kecewa atau barangkali naik kemarahannya. Namun mereka masih mampu mengawal hati mereka, tetap redha, kekal tenang hasil daripada sikap lapang dada yang mereka miliki. Indahnya.






Saudaraku,

Kisah-kisah seperti itu seharusnya membuatkan kita mengerti bahawa jika kita tidak lapang dada dan tidak mudah bersabar, kita pasti akan menjadi orang yang paling menderita di dunia ini. Ini kerana, penderitaan terbesar adalah jiwa yang cepat goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu yang sebenarnya remeh. Persoalan remeh yang kita lihat secara keliru, kemudian mengakibatkan sempitnya dada, kesal hati, murung, duka cita, air mata dendam sehingga waktu rehat terganggu dek kerana fikiran yang berkecamuk.

Jika itu yang terjadi, pastinya tiada amal-amal besar yang dapat kita lakukan. Hal ini kerana, amal-amal besar hanya lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang lapang, penuh redha, serta fikiran yang terurus.

Itulah sebabnya, sheikh
Mustafa Masyhur mensyaratkan nafasun thawil atau nafas panjang perlu ada pada pejuang Islam. Baginya, jalan perjuangan yang panjang tidak akan mampu dilalui oleh orang-orang yang ber ‘nafas pendek’, mudah goyah dan tidak sabar.


Dalam perjalanan yang panjang ini,

Kita sebenarnya mampu untuk jadi seperti mereka. Syaratnya, kita tahu dan sedar ada matlamat yang lebih besar yang ingin kita capai bersama di hujung jalan ini.

Lebih penting daripada peristiwa-peristiwa apapun di dunia ini.

Tiada ertinya kehidupan di dunia ini apabila kita bersedia, berjuang memburu redha Allah.

Nadu’llah atthabt a’la tariqihi..

dipetik dari :perjalananjauh.wordpress.com

Tuesday, December 1, 2009

Mendidik hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk kali ni tuk entry aku,mendidik hati..susah nk didik hati kan..kdg2 hati aku memberontak..hati aku kdg2 nk wat pe yg xpatut..xtau la knape..skang aku tgh mendidik hati agar xmembalas bls pe org da wat kat aku.aku xnk berdendam..tp hati aku kdg2 rs nk bls pe org buat kat aku..kdg2 perasaan aku bercampur baur..haih~~~

Susah tul aku nk didik hati ni..aku sayang hati aku..aku xnk hati aku kotor..satu lg perkara yg ade dlm hati aku,kan bgus kt wat perbandingan..kdg2 kt wat perbandingan tuk wat yg lebih baik..perbandingan xslh tuk kebaikan..


YaALLAH..bantu la hamba mu ini agar leh mendidik hati ini ke jln yg engkau redhai..amin..

Ps: xslh kt mendengar pendapat org dulu n percaye ckp org len..jgn terlalu terasa diri selalu betul..
(ditulis gune hp..)adios..