Blogger Widgets

Monday, February 13, 2012

DOA SEORANG ISTERI MUSLIMAH

Posted by moonlight at 3:45 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim... :x

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insanYa Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah …sesungguhnya. . Aku
lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami
Amin, amin Ya Robbal Allamin..
 

Saturday, February 4, 2012

Kelebihan Membaca Mathurat

Posted by moonlight at 9:10 PM 0 comments
Assalamualaikum... :x

Alhamdulillah..Malaysia tidak ketandusan keluaran buku2 agama untuk dijadikan bimbingan dan amalan..

Jadi apa lagi kwn2..berebut2 mencari buku2 agama..jadikan pedoman hidup..


Al-Mathurat bermaksud amalan wirid, zikir  dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah , jiwa akan mejadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam   al -Kalimuttayyib :
"Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."


Abdullah bin Busr r.a berkata, seorang bertanya,
"Ya Rasullullah syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik".
Jawab Nabi,
"Hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir pada Allah."(Riwwayat al-Tirmizi)


Kelebihan-kelebihan Membaca Mathurat :
1. Dimulakan dengan “Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk”(Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNYA sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah).
2. Memuji Kebesaran Allah dengan bertasbih.
3. Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
4. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari mahupun tidak).
5. Berlindung dari kejahatan Makhluk dan memohon Keampunan Allah.
6. Menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan malas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
7. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklak tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
8. Mohon dihindari daripada kekakafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.

Wednesday, February 1, 2012

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Posted by moonlight at 8:52 AM 1 comments
Dipetik dari blog ustaz zaharuddin
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya

p/s : kalau kat mane2 ofis mesti ade pompuan yang yang tergedik2 nak tumpang kete staf lelaki..huhuh