Blogger Widgets

Sunday, July 31, 2022

Panduan Pindah Milik Tanah Borang 14A

Posted by moonlight at 5:57 PM 0 comments

 Step tukar nama tanah

  • isi borang 14A yg boleh diperolehi dari pejabat tanah atau pun download online.
  • Sediakan dokumen yg diperlukan.
  • masuk bilik penyaksian borang utk tandatangan pemberi dan penerima
  • hantar borang ke LHDN 
  • isi borang duti setem LHDN
  • staf lhdn akan semak borang dan berikan balik kepada kita
  • tggu surat dr lhdn utk penilaian byrn LHDN
  • jika tidak dpt surat dr lhdn 30hari boleh call lhdn
  • lhdn akan hantar surat nilai perlu dibayar 1% dari harga tanah. bayaran perlu dijelaskan dlm tempoh yg diberitahu dalam surat.
  • setelah selesai bayar, hantar balik semua borang 14A serta resit bayaran lhdn ke pejabat tanah. 
  • staf kaunter akan semak, kemudian keluarkan cas khidmat utk satu bidang tanah
  • ambil no untuk bayar cas dan ke kaunter bayaran. jika ada tunggakan cukai tanah, perlu dijelaskan sekali dengan bayaran cas khidmat tersebut.
  • jika perlukan segera, tunggu dlm 2 jam masa bekerja utk dptkan geran baru. kita dinasihatkan utk mengambil geran baru dlm masa seminggu kemudian. 
  • selesai pindah milik tanah.




Kisah Dari Imam Syafie - Gaji Lelaki tidak pernah cukup

Posted by moonlight at 4:56 PM 0 comments

 “Diberitakan seorang lelaki datang menemui imam Shafie bagi mengadukan nasibnya yang hidup dalam penuh kesempitan. Beliau mendapat upah sebanyak 5 dirham bagi pekerjaannya. Duit gaji yang diterima itu tidak mencukupi. Peliknya, Imam Shafie tidak berkongsi idea supaya lelaki tersebut membuat kerja kedua, kerja separuh masa di tempat lain ataupun berhenti kerja, dan mencari kerja di tempat lain yang memberikan gaji lebih tinggi daripada 5 dirham.

Sebaliknya Imam Shafie menyuruh lelaki tersebut pergi menemui majikannya dan meminta supaya diturunkan gajinya kepada empat dirham sahaja. Beliau pergi menyampaikan arahan Imam Shafie itu walaupun dia bertambah keliru. Mengikut logik akal, sekiranya lima dirham tidak cukup, empat dirham lagilah tidak cukup.
Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut datang semula bertemu dengan Imam Shafie dan menceritakan bahawa selepas majikannya membayar gaji sebanyak empat dirham, dia masih berada dalam kesempitan hidup, gaji empat dirham itu tidak membuatkan hidupnya bertambah baik. 
Mendengar luahan lelaki itu buat kali kedua, Imam Shafie memerintahkan kepada lelaki itu untuk sekali lagi berjumpa dengan majikannya supaya mengurangkan satu dirham lagi dariapada gajinya menjadi tiga dirham. Jika kita sebagai manusia normal, mesti merasa pelik bagaimana Imam Shafie boleh mempunyai pemikiran yang bertentang dengan logik akal manusia normal, apabila memberi solusi untuk orang yang ada masalah ‘gaji tidak cukup’. Pada zaman ini, jika diminta berbuat begitu ada tak staf kerajaan mahupun swasta yang sanggup berjumpa dengan majikan untuk menurunkan gajinya?
Lelaki tersebut pergi sekali lagi berjumpa dengan majikannya untuk memohon dikurangkan gajinya kepada tiga dirham sahaja. Iaitu hampir 40 peratus kurang daripada gaji asal iaitu lima dirham.
Selepas seketika, beliau datang bertemu lagi dengan Imam Shafie dan menceritakan bahawa duit tiga dirham itu cukup untuk menampung semua keperluan hidupnya dan hidupnya menjadi lapang.
Lelaki itu diceritakan mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik upah yang jauh lebih rendah itu yang menjadikan keperluannya cukup? Beliau bertanya kepada Imam Shafie kenapa ia berlaku seperti itu?
Imam Shafie menerangkan bahawa pekerjaan yang beliau lakukannya hanya berhak untuk menerima upah daripada tiga dirham. Ekstra dua dirham daripada gajinya sebelum itu telah mencabut keberkatan hartanya, kerana sudah bercampur dengan yang haram.
Justeru, Imam Shafie menyebut, “Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak. Yang haram masuk ke dalam yang halal lalu merosakkan kesemuanya.”
Daripada kisah di atas, kita boleh merujuk kepada kisah hidup kita sama ada kesempitan yang kita alami itu disebabkan rezeki yang tidak cukup, ataupun ia sudah bercampur-aduk dengan yang halal dan yang haram. Mendapat dividen daripada akaun simpanan yang konvensional sudah cukup untuk menunjukkan ada harta haram yang sudah menyelinap masuk ke dalam kewangan kita.
Jika bekerja makan gaji, sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan, perlu diingatkan supaya sepanjang pekerjaan, kita elakkan, minimumkan peluang dan ruang untuk kita menyalahgunakan hak majikan untuk keperluan peribadi kita semata-mata. Contohnya, mencetak pembayaran bil utiliti menggunakan komputer pejabat tanpa kebenaran daripada majikan. Membuat salinan buku fotokopi buku latihan anak-anak menggunakan mesin fotokopi pejabat dan banyak lagi.
Bagi yang pernah melakukan perbuatan tersebut sebelum ini, gantikan semula dengan membeli kertas A4, dakwat mesin cetak ataupun dakwat mesin cetak itu dengan nilai kertas A4 dan sebagainya. Jika ada menggunakan kenderaan pejabat untuk keperluan peribadi, ‘top up’ petrol ataupun diesel pada kenderaan pejabat itu bagi menggantikan apa yang telah kita gunakan. Sebaiknya lebihkan, kerana banyak kos lain juga terlibat, termasuk tayar menjadi semakin haus sedikit, kita juga mempercepatkan sedikit tarikh tukar minyak hitam di atas setiap kilometer semasa kenderaan itu bergerak untuk keperluan peribadi kita yang tidak halal dan tanpa kebenaran majikan.
Kita risau duit gaji yang besar, habis dan tidak cukup untuk menanggung pelbagai musibah yang sentiasa mengetuk pintu rumah kita. Baru minggu lepas kita masuk hospital, hari ini pula compressor kereta kita pula yang rosak. Dan sebentar tadi, isteri pula memaklumkan tangki air bawah bumbung bocor dan airnya sudah membasahi komputer riba dan televisyen rumah. Allah, bala apakah ini?
Duit kita sentiasa tidak cukup. Satu per satu musibah kunjung tiba tanpa memberi peluang untuk kita berehat.”
Dipetik daripada : Shamsuddin Kadir, Cashflow Untuk Lelaki.

Kisah dari imam syafie - Lelaki Jaga pandangan, perempuan jaga aurat

Posted by moonlight at 4:53 PM 0 comments

 Imam Syafii pernah ditanya oleh seorang lelaki, "Istriku dulu saat pertama kali kami berdua menikah, dia terlihat sangat cantik dan menggairahkan. Namun sekarang, kenapa kecantikannya menghilang dan dia tidak lagi menggairahkan?”


Imam pun menjawab, "Coba selama satu bulan ini kamu tundukkan pandanganmu dari seluruh wanita yang bukan mahram bagimu. Sanggup?"


Sang lelaki pun menyanggupi. Lalu, sebulan kemudian lelaki itu kembali mendatangi Imam Syafii dan berkata, "Masya Allah Imam, sungguh selama sebulan ini tidak ada wanita cantik dan menggairahkan selain istriku."


Imam Syafii pun membalas, "Sebenarnya istrimu tidak berubah, namun ketika kamu menjadi laki-laki yang sering melabuhkan pandangan kepada wanita-wanita yang tidak halal, ketika itu Allah mencabut kenikmatan pandanganmu melihat yang halal.


Di saat Allah mencabut kepadamu kenikmatan melihat yang halal itulah kenapa kamu melihat istrimu menjadi biasa. Akan tetapi, ketika kamu meninggalkan pandangan yang haram. Lalu kemudian kamu hanya menikmati pada pandangan yang halal, di sanalah kamu akan mendapati kenikmatan istrimu kembali."


Masya Allah dari cerita di atas, kita bisa ambil kesimpulan bahwa kecantikan istri bukan hanya bersumber dari istri kita sendiri. Tapi justru suami yang pandai menjaga pandangan yang membuat istri selalu cantik dimata suami. karena istri kita menjadi satu-satunya yang kita pandang, dan terhindar dari membandingkan istri kita dengan orang lain. 


Jika kita terus mengikuti nafsu saja, kita tidak akan pernah merasa puas dan kufur atas nikmat yang Allah sudah berikan. Selalu jaga pandangan yah guys 


Share atau Save kalau dirasa konten ini bermanfaat yah 😊

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers