Blogger Widgets

Friday, February 11, 2022

Hadis Jujur Dlm Berniaga

Posted by moonlight at 1:25 PM 2 comments

 Sayyidina Abu Hurairah (r.a) meriwayatkan bahawa (pada suatu hari) Rasulullah (s.a.w) berjalan di sisi timbunan bijirin lalu Baginda (s.a.w) memasukkan

tangannya ke dalam timbunan itu maka jari-jari Baginda (s.a.w) menjadi basah.


Lantaran itu Baginda (s.a.w) bertanya kepada si penjual bijirin itu,


"Apakah ini wahai tuan bijirin?" Lelaki itu menjawab,


"Ya Rasulullah, bijirin ini telah ditimpa hujan." 


Baginda (s.a.w) bersabda, "Kenapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas supaya pembeli boleh nampak? Sesiapa yang menipu bukanlah daripada saya yakni bukan daripada kalangan pengikut-pengikut saya." (Muslim)

Thursday, February 10, 2022

Hadis sesiapa yang berpaling daripada jalanku bukanlah dia daripada kalanganku

Posted by moonlight at 2:29 PM 0 comments

 Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه berkata,


"Tiga orang sahabat telah pergi ke

rumah isteri-isteri Nabi ﷺ bertanyakan mengenai ibadat Baginda ﷺ. Setelah mereka diberitahu, seolah-olah mereka menganggap amalan Nabi itu sedikit."


Kata mereka, "Di manakah kedudukan kita dibandingkan dengan Nabi ﷺ? Allah telah mengampunkan seluruh dosa Baginda ﷺ yang terdahulu dan yang terkemudian (itu pun jika ada)." 


Salah seorang daripada mereka berkata, "Adapun

saya, maka saya akan berterusan bersolah malam selama-lamanya.." 


Kata seorang lagi,

"Saya akan terus berpuasa setiap hari tanpa meninggalkannya." 


Seorang lagi pula berkata,

"Saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan berkahwin selamanya." 


(Sedang mereka bercakap-cakap) Rasulullah ﷺ pun sampai lalu bersabda,

"Kamukah orang yang berkata begini begini? Dengarlah dengan teliti, demi Allah, akulah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling

bertaqwa dalam kalangan kamu. Namun, ada hari yang aku berpuasa dan ada hari yang aku tidak berpuasa, aku bersolah malam dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini wanita-wanita (inilah dia jalanku). Maka sesiapa yang berpaling daripada jalanku bukanlah dia daripada kalanganku." (Bukhari)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers