Blogger Widgets

Tuesday, October 18, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Posted by moonlight at 10:54 PM 0 comments
Assalamualaikum...

Wah tajuk entry kali ni..ops..jgn lak kwn2 yang tak bertudung terasa..sy just nak share apa yang sy bace kat sini ...sy bukan nye baik sangat pun..sy pun still lagi belajar tuk menjaga aurat..

same2 la kite berubah ke arah yang lebih baik..jom baca..
/please
-------------------------->

Antara alasan-alasan yang sering dikaitkan oleh wanita masa kini yang enggan menutup aurat ketika dinasihati oleh rakan-rakan berlandaskan ajaran Islam ialah :-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Monday, July 25, 2011

Cara Tangani Isteri Suka Membebel atau menjawab

Posted by moonlight at 6:45 PM 0 comments
Salam... /blush

Membebel..atau mudah nye berleter..if sebut je perkataan ni..mesti org akan ckp..ni pompuan la yang ada sifat mcm ni..hahah..ala..bukan semua perempuan mcm tu.. tapi sy ngaku..sy suke jugak membebel..hahahah  :">

kalau dulu sebelum kawin..sy salah sorang yang ade kat umah mak sy tu..yang sangat kuat membebel..nak2 time sy kemas rumah..hah..time tu sape ade kat umah tu dengar la sy bebel..hahah.. :))... sy ni mmg pantang if barang2 tak kemas..sambil kemas sambil la sy bebel..mak sy lak tak tahan dengar..kadang2 ade jugak la mak sy sound mcm ni "kalau da rase tak ikhlas nak kemas..tak yah la kemas..ni kemas bebel pulak.."..  hahaha...

dalam hati sy.."sy ikhlas la ma...saje je..nak suh org sedar la pasni jangan la wat sepah lagi..same2 la kemas umah ni..tak kan nak harap munie je..penat la asyik2 kena kemas benda same"..sampai skang pun bebel tu rase nye tak lari lagi dari sy..sy akan mudah membebel bile tak kemas..nasib la en hubby tak marah..

dari seme ni mai kite tgk skit cara nak tangani isteri yang membebel..ye la..kadang2..kite pompuan bebel je ..tak pk time tu suami kite tgh serabut ke tak kan..hehe..hope hubby sy tak la marah sy bebel2 ni..hehe..sedikit cerita zaman Saidina Umar dulu..sungguh menyentuh hati sy..menarik.. jom baca kat bwh ni :

------------------------------------------------------------
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,
“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).

--------------------------------------------------------------

Begitu cara nak tanganinye..lebih baik berdiam bila isteri bebel..ala..wanita ni kalau panas org bebel nye kejap je..pas tu nnti da sejuk ilang la bebelnye..tak pun da penat or puas bebel die akan diam..

Isteri yang suke menjawab bukan isteri derhaka..isteri terlalu byk emosi, merajuk, membebel mmg sudah menjadi lumrah mereka..kadang2 die nak menegur untuk kebaikan bersama..

Apa pun buat isteri jgn lupa, suami adalah pemimpin..hormati la die selagi tidak menyalahi islam..
Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri)... :x

/bye
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers