Blogger Widgets

Sunday, January 20, 2013

Berbunga dan subur

Posted by moonlight at 8:42 PM 0 comments
Alhamdulillah..

Hepi tgk balik keje td pokok mangga epal atau pelam epal da berbunga.. Xsabar nak rase buah nye.. Buah sulong.. Hope menjadi..

Pokok inai pun subur.. Ini lah dari arwah ma dulu.. Hope pokok ni berzikir da memberi pahala buat ma kat sana..subur lagi ye inai yang rimbun.. Alfatihah buat ma tersayang.. Rindu betul..


Amalan Terbaik Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Posted by moonlight at 4:01 PM 0 comments

Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”


Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)


Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia

Dipetik dari : http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/apakah-amalan-terbaik-anak-anak-untuk.html

Friday, January 18, 2013

Durian crepe munieayeng

Posted by moonlight at 8:00 PM 0 comments
Ni lah hasil nya apabila kami meng crepe...menjadi!




Sunday, January 13, 2013

hajat hubby

Posted by moonlight at 10:24 AM 1 comments
Alhamdulillah...

ni la dia hajat en hubby ..die nak sangat bekas air mcm ni nak letak kat dapur..sy tak nak beli lagi yang ni..sbb bukan warna pink..hajat di hati tggu warna pink la kua dulu..(bila la nak kua kan..konon2.. heheh)

tup2 akak ipar aka akak hubby yang belikan..tibe2 je..tak mintak2 or bgtau org len pun apa yang kami ingin kan..tibe2 mcm tau2 je..Allah maha pemurah..membuat hamba2 nya murah dalam memberi ...tq kak ngah!

/please

Thursday, January 10, 2013

telur separuh masak

Posted by moonlight at 11:53 AM 2 comments
pinjam gambar dari blog ni..heheh :D
telur masak separuh..walau mudah untuk di buat kat rumah..

still nk mkn jugak kat kedai..

dan pagi ni dapat la mkn telur ni...hahaha...

tq en hubby .. :)

p/s: bertambah gemuk la sy mkn telur lagi..dulu sebelum kahwin..tiap2 pagi arwah ma wat telur masak separuh tuk sy sebelum pergi kerja..pastu berat naik mendadak..sy mintak arwah ma tak wat telur lagi..tapi nak turun berat sungguh payah..dan lepas kawin berat bertambah2 ..aduss...

Tuesday, January 8, 2013

Jaga lah hati seorang ibu

Posted by moonlight at 9:28 AM 1 comments
Assalamualaikum..

Kali ni nak cite skit kejadian yang berlaku depan mata baru je pagi tadi..

sedih dan rindukan my mum..

pagi td mcm biase..sebelum masuk ofis sy ngan en hubby akan singgah kedai mkn tuk sarap..dan nak dijadikan cerita sebelah meja kami ade sepasang suami isteri anak dan ibu mereka..si isteri mcm biase la melayan apa suami nak mkn..lalu pergi lah mengorder..pastu die datang balik kat meja..bgtau si emak yang nasi dagang sudah habis..hanya nasi lemak ngan pulut gaul nyor jer ade..sy ngan en hubby mmg jelas dgr si emak menjawab nak nasi lemak...

tapi malangnye si isteri mcm tak layan permintaan si emak.terus die ckp ngan si suami die nak mkn apa..cuba teka adakah die bwk nasi lemak tu pada mak die atau tak???

sebak sy tgk apabila die hanya bwk pulut gaul nyor pada mak die..padahal mak die da sebut nasi lemak..dan kami yang duk meja sebelah pun dgr dengan jelas permintaan seorang ibu..tak logik die tak dengar sbb jarak kami dengan si isteri sama..tambahan lagi si suami sebelah dengan si ibu..kenapa si suami tidak tekan kan yang si ibu mahukan nasi lemak..si suami hanya diam tanpa membela apa yang si ibu mahukan...

sebak betul hati sy melihat situasi tu...kena si isteri tidak menjaga hati seorang ibu..sebak2..

teringat kat my mum dulu..setiap kali ajak mkn kat restoran luar..mesti ma sy tak tau nak order apa..die mmg tak suke mkn lua..die suke mkn umah n masak je..kalu air pun die tak kan minta air lain selain air milo kosong..apa2 yang ma sy nak mesti sy akan berusaha tunaikan..tapi sedikit terkilan permintaan terakhir ma tuk beli tudung raya tak kesampaian..di hari sepatutnye sy bawa ma shopping tudung, ma telah pergi menemui pencinta nya..Allah.. semoga ma ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman di sana.. dan di tempatkan di syurga Allah..dan mencapai segala hajat di syurga..

Alfatihah buat ma tersayang..

pada yang masih ade ibu..tolong lah..jaga hati mereka..jgn lah sbb da ade suami kamu tak fikir perasaan ibu kamu..

Jagalah hati seorang ibu... sebakkk.... :(

Thursday, January 3, 2013

12 tahun menanti

Posted by moonlight at 9:14 AM 2 comments
Pg td dgr dlm hot fm pasal pemanggil yang da kawin 12 tahun akhir nye mendapat khabar berita gembira mendapat zuriat.. Alhamdulillah.. Hepi sangat suara akak tu.. Die kawin sejak umur 21 tahun.. 12 tahun baru Allah kurnia kan die ngan suami rezeki anak..

Hanya mampu tersenyum.. N say subhanallah.. Allahuakbar..
Akak tu ckp berkat doa dr family.. Kwn2 dan kepercayaan antara suami isteri..

Kwn2 tlg doakan sy dan suami mendapat zuriat jg.. Kami nk sangat merasa moment tu.. Subhanallah.. Semoga di permudahkan.. Aminn..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers