Blogger Widgets

Thursday, August 14, 2014

10 Makanan Membakar Lemak

Posted by moonlight at 4:39 PM 0 comments

10 Makanan Membakar Lemak

Pasti ramai mengalami masalah lemak berlebihan di sekitar tubuh. Lebih-lebih lagi ibu yang baru melahirkan anak. Walaupun sebagai muslimah yang berpakaian sopan, lemak-lemak tersebut pasti tidak kelihatan di mata kasar orang ramai. Namun, kehadiran lebihan lemak ini pasti boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri hingga menjadi sangat rendah. Suami pasti akan memujuk dengan mengatakan “tak apa sayang. Abang terima semua baik dan buruk awak”. Tetapi sebagai seorang isteri, pasti perasaan untuk sentiasa kelihatan cantik di mata suami sentiasa menebal. Tahukah anda, selain senaman yang kerap, lemak di tubuh juga boleh dibakar dengan memilih diet dan pemakanan yang betul. Mari kita lihat 10 makanan yang boleh membantu membakar lemak yang ada di tubuh.
bakar lemak

1.Oat

Oat bukan sahaja sedap, tetapi juga boleh mengurangkan rasa lapar. Oat mengandungi fiber yang membantu dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.

2. Telur

Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu membina otot badan dan kolestrol yang baik.
bakar lemak

3. Epal

Epal adalah antara buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain yang kuat. Paling utama, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.

4. Cili Hijau

Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu dalam sel-sel pertumbuhan dan membakar lemak dalam masa yang singkat.

5. Bawang Putih

Bawang putih pula mengandungi Allicin yang mempunyai sifat-sifat anti-bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak sekaligus menghapuskan kolestrol yang tidak baik.

6. Madu

Selain dari menjadi makanan sunnah, madu juga merupakan antara makanan terbaik untuk membakar lemak. Hanya tambahkan satu sudu madu kedalam air suam dan amalkannya setiap awal pagi.

7. Green Tea

Green Tea atau teh hijau mula menjadi minuman pilihan terutamanya bagi mereka yang menjaga kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Ia sangat efektif untuk mengurangkan berat badan. Teh hijau ini mengandungi bahan antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan. Hanya amalkan 2 cawan sehari untuk hasil yang lebih baik.
bakar lemak

8. Wheat Grass

Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan juga membantu mengurangkan lemak.

9. Tomato

Tomato membantu pembakaran lemak dalam masa yang singkat. Selain itu, tomato juga didapati merupakan makanan anti kanser. Jadi, tidak salah untuk mula menjadikan tomato sebagai salah satu makanan diet anda mulai hari ini.
bakar lemak

10. Dark Chocolate

Kegemaran setiap wanita! Dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Ia meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah dan juga membakar lemak.
Jadi, sudah tahu apa makanan yang harus dipilih? Semestinya, dalam apa jua yang kita ambil, kita hendaklah berpada-pada. Makanan yang elok pun, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan makanan tersebut menjadi tidak elok pada tubuh kita. Selain itu, menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk membakar lemak. Rutin senaman yang konsisten, dan pengambilan air kosong yang mencukupi juga merupakan antara faktor kejayaan. Elakkan pengambilan pil kurus yang banyak ada dijual di pasaran. Ia bukan sahaja tidak elok, malah dikhuatiri memudaratkan kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang.
Semoga bermanfaat! Wassalam
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers