Blogger Widgets

Sunday, May 20, 2018

Umrah 25/4/2018-6/5/2018

Posted by moonlight at 10:12 PM 0 comments
Umrah 25/4/2018-6/5/2018.
.
Melihat Kaabah depan mata.. Alhamdulillah


Umrah pertama dalam hidup ini.. dan umrah kedua bg en hubby. Alhamdulillah.. Allah jemput. Sebenarnya lama kami impikan pergi umrah berdua. Saya simpan hasrat nak umrah sejak mula2 kahwin. Alhamdulillah tahun ni suami ckp “sayang kena doa setiap hari minta Allah jemput”.. dan bermulalah doa bersungguh2. walhal bukan ada duit yang cukup pun. kalau ada pun simpan utk haji. (sayang nk guna😅)
.
Selesai umrah pertama
Ini tips utk dikongsi jika mmg niat nk umrah tp belum dijemput Allah. umrah/ haji ni semua atas jemputan Allah.. kaya ke miskin ke.. kalau Allah nk jemput mcm2 cara kita boleh sampai Madinah dan Mekah
.
Tips nak umrah :
  • doa bersungguh2. mintak dengan Allah.
  • banyak kan zikir Labbaikallahumma labbaik labbaikala syarikalakala baik innal hamdah wannikmatah la kawalmulk la syarikalak
  • byk kan solat hajat, taubat.
.
Alhamdulillah.. Allah bg mudah segalanya. Dari daftar umrah sampailah balik umrah. Bila dah daftar umrah, boleh ikut kursus umrah mana2 agensi, free je. lepas tu boleh tgk dlm youtube byk panduan umrah ustaz2 yang bagus share. Jgn lupa sepanjang sblm umrah, doa byk2, solat hajat, solat taubat dan banyakkan zikir.
.
Persediaan umrah apa perlu bawa boleh minta list dr agensi umrah. Kat sini ikut list tu, kami tak bawa sunblock atau lotion, igt cuaca sama dengan Malaysia. sekali kulit kering bibir kering kat sana. Nasib ada farmasi, jadi beli kat sana. 😆. Kat sana cuaca lebih kurang kita, cuma kering tp hebatnya Allah rasa sejuk dingin. tak panas. Alhamdulillah.
.
Disana tak kira Madinah atau Mekah, percakapan kena jaga, even dlm hati terdetik pun cepat2 istighfar. Apa yang best saya rasa Allah bg mudah, flight tak delay mcm selalu diceritakan org. Lepas tu sepatutnya kami landing kat Jeddah, tp Allah bg mudah terus landing kat Madinah. Allahakbar!😘 . Kalau landing kat jeddah makan masa jugak. Maybe sbb dlm 48 jemaah kami tu, ada alim ulamak. Jadi Allah bg mudah semua. Dlm jemaah tu ada 2 org ustaz dan ada 1 org Maulana. Maybe berkat doa dan amalam diorang. Semua benda jadi mudah. Kami tumpang jer. Alhamdulillah😁.
.
Pakej kami umrah ni 5 hari Madinah 5 hari Mekah. 3 kali umrah. Sebenarnya rasa tak cukup 10hari tu. sbb banyak lagi nk buat tawaf sunat. Perasaan bila dpt tawaf keliling kaabah tu hanya Allah yang tahu. Best dia lain mcm. 😊.
.
Hari pertama menuju ke masjid nabawi

Sebelum pergi umrah, arwah bak tiba2 kena strok minor, byk kali warded hospital. Balik rumah dlm 2-3 hari warded balik. Ikutkan hati berat nk teruskan plan tu, tp kami dah byr semua. Pujuk hati, maybe ini Allah nk duga samada diri ni kuat atau tak nk sahut panggilan Allah. Maka dikuatkan hati pergi jugak walau hati tak tenang time bertolak. Dlm hati dan dlm doa minta Allah jagakan bak, panjangkan usia bak sehingga balik umrah. Masa kat sana pun hari2 doa supaya bak dipanjangkan umur, disembuhkan sakit, dan jika tidak, minta Allah berikan bak husnul khatimah. 
.
Alhamdulillah Allah jagakan bak, balik dr umrah bak masih fight dengan sakitnya. tp bak sgt sabar. tak pernah merungut. solat walau dlm keadaan baring. 19/5/2018 bersamaan 3 Ramadhan 1438h, bak kembali pada Ilahi. Alfatihah buat bak tersayang. Doa kami akan sentiasa mengiringi bak di sana. Damailah di sana dlm rahmat Allah. amin.😭.
.
oh ya. buat yang mahu bawa pulang ole2 dr mekah dan madinah. Make sure jgn bawa baju byk, sbb nak biar beg ringan dan boleh bawa balik hadiah banyak2. Ini pendapat sy, kalau nak beli jubah2 better beli dekat Madinah. harga boleh runding berbanding jubah Mekah. Kalau nak beli kurma better beli di Mekah, sbb harga dan kualiti lagi elok.
.
Teminal Madinah
Tips ke Raudhah :
  • kalau pertama kali, elok pergi dengan ustazah yang agensi sediakan.
  • kalau dah pernah pergi boleh selit2 mana2 jemaah Malaysia yang ada.
  • Untuk mudah, pakai sebagaimana wanita arab pakai. jubah hitam, berniqab ( ini tips dr mutawwif kami)
  • masuk dlm raudah dlm keadaan tenang, jgn tolak menolak. sabar dan cari tempat solat.
  • insyaAllah sempat dan Allah bg mudah.

Saya dpt masuk raudhah 2 kali sahaja. hubby hari2 masuk raudhah.. untung lelaki. Raudhah ni taman syurga, Masuk raudhah doa semoga Allah pilik kita masuk syurga juga sebagaimana Allah pilih kita masuk syurga raudhah di dunia. Masuk raudhah merupakan jihad. 
.
Tips kalau nak bawa balik air zam2 dlm botol2 minuman kecil. setiap kali ke masjid nabawi atau masjidil haram, isikan air zam2 dan simpan. tp hati2 sbb kalau nasib tak baik, beg yang ade byk zam2 tak sampai ke Malaysia.jgn byk okay. dlm 4-5 botol kecil ok jer. pandai2 susun dlm beg jauh2 setiap botol tu. balut kemas. nnti basah satu beg. 😆. Tapi jgn risau kalau nk byk lagi perkhidmatan pos ada kat sana. tanya mutawwif korang, nnti dia akan bg no telefon yang boleh uruskan pos tu. 10l air zam2 138 rial pos. Nak pos kurma pun boleh. tapi better 2-3 hari sblm
balik dah uruskan semua. 
.
Sekitar Masjid Nabawi

Tips bila tgk Kaabah pulak. ustaz ajar.. doa “Ya Allah makbulkan lah segalaku sebelum dan selepas ini..” aminn Allahumma aminn.. 
.
Mekah mengajar kita menjadi hamba Allah.
Madinah mengajar kita menjadi ummat Nabi yang taat.
.
Mekah dan madinah satu tempat yang sangat tenang.. Duduk kat sana hanya fikir ibadah 24jam. Tak perlu fikir dunia, nak mkn apa, nak tgk apa, 5 kali sehari ulang alik ke masjid. iktikaf dalam masjid. Doa banyak2 . minta ampun banyak. Segalanya berserah pada Allah. Sungguh indah! 😘😍🕋.
Semoga Allah jemput lagi dan lagi menjadi tetamu Nya di Makkah dan Madinah! Semoga 2019 dpt kerjakan Haji pula. Amin Allahumma aminn. Ini sekadar perkongsian. Tiada niat lain. Tidak jadi sesuatu kalau bukan dengan izin Allah.. 😊


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers