Blogger Widgets

Friday, December 9, 2022

Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.

Posted by moonlight at 9:46 PM 0 comments

 Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.


Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling dikenal umat Islam adalah Abu Hurairah Ra. Sahabat bernama asli Abu Syams ini yang kemudian diganti namanya oleh Rasulullah SAW menjadi Abdurrahman dikenal dengan nama Abu Hurairah kerana kecintaannya kepada kucing. Nama Abu Hurairah tetap diingat kerana sudah meriwayatkan 1609 hadis. 


Di masa hidupnya, Abu Hurairah merupakan seorang yang zuhud. Dia hidup bergelimang kemiskinan. Dikutip dari 101 Sahabat Nabi yang ditulis Hepi Andi Bustoni, Abu Hurairah pada satu waktu merasa sangat lapar. Dia pun mengikatkan batu diperutnya. "Sesudah itu saya duduk di jalan yang biasa dilewati para sahabat,"ujar Abu Hurairah. 


Maksud penyayang kucing itu hendak mencegat Abu Bakar Shiddiq yang pulang dari masjid untuk menanyakan tentang ayat Alquran. Dengan harapan, Abu Bakar akan mengundangnya ke rumahnya untuk makan. Malang, harapan Abu Hurairah sirna. Abu Bakar tak juga mengajaknya untuk pulang bersama. 


Tak lama kemudian, lewatlah Umar bin Khattab. Abu Hurairah kembali menanyakan ayat Alquran kepada Umar. "Tetapi dia juga tidak mengajakku,"kata Abu Hurairah.  Setelah itu lewatlah Rasulullah SAW. Dia pun mengetahui apa yang dirasakan Abu Hurairah dan menegurnya. Rasulullah kemudian mengajak Abu Hurairah untuk pulang kerumahnya. 


Tiba di rumah, Rasulullah mendapatkan sebelangga besar susu dari istrinya. Kata sang istri, susu tersebut diantar seseorang untuk Rasulullah. Beliau pun meminta Abu Hurairah memanggil para ahli shuffah untuk datang ke rumahnya. "Sesungguhnya saya segan memanggil mereka. Apa yang bisa diperbuat dengan semangkok susu bersama-sama dengan ahli shuffah?Saya sangat mengharapkan susu itu untuk menguatkan tubuhku,"kata Abu Hurairah di dalam hati. 


Meski demikian, Abu Hurairah menaati perintah Rasulullah. Orang-orang miskin pun datang ke rumah Rasulullah. Usai  Rasulullah duduk, dia pun meminta kepada Abu Hurairah untuk membagikan susu itu kepada para ahli shuffah. 


"Aku ambil semangkok susu, lalu kubagikan kepada mereka. Mereka minum bergiliran sampai puas. Setelah mereka puas, kuambil mangkok susu itu kembali lalu kusuguhkan kepada Rasulullah. Beliau menengok kepadaku sambil senyum. Kata beliau, 'Yang belum minum saya dan kamu'. 'Betul ya Rasulullah!' 'Minumlah terlebih dahulu'.


Abu Hurairah kemudian meminum susu itu sampai puas. Sampai-sampai Abu Hurairah berkata."Demi Allah yang mengutus anda dengan agama yang hak. saya tak sanggup lagi, saya sudah kenyang!"Rasulullah pun mengambil mangkok itu. Dia lantas meminum susu yang masih tersisa.


p/s : Hebat mukjizat Nabi Muhammad S.a.w.. susu yang sedikit Allah bg cukup.. Hebat Allah.. Allah maha mencukupkan.. Subhanallah.. Allahuakbar! 😍

Tuesday, November 15, 2022

MEMULIAKAN TETAMU

Posted by moonlight at 10:29 PM 0 comments

 Hadis Memuliakan Tetamu.

Moga peroleh keberkatan, redha Tuhan & eratkan silaturahim. 



🏠Tuan RUMAH dianjurkan😉 :


1) Layan tetamu dengan sebaiknya, sambut dengan mesra & senyum.Jika ada tetamu mempunyai ahli keluarga kurang upaya/dsb bertindak tidak menyenangkan hati atau

memungkinkan sebarang kejadian, gunakan kebijaksanaan menyelesaikannya & tidak buat mimik muka supaya tetamu tidak terasa hati. 

2) Jamu makanan terbaik & ikut kemampuan tuan rumah.

3) Tidak bezakan layanan tetamu

4) Ucapkan terima kasih & penghargaan kerana datang. 

5) Hantar & iring tetamu ke pagar rumah.


🧕🙆‍♂️👨‍✈️Bagi tetamu 🧕🙋‍♀️🤷‍♂️👨‍💼:


1) Perlu jaga adab. Jangan berkata yang tidak elok. 

2) Menjamah makanan tuan rumah. Jika tidak mengikut selera, jangan bercakap sehingga mengguriskan hati tuan rumah. 

3) Jika ada buah tangan sebagai hadiah lebih baik. Perlakuan dapat menyuburkan lagi kasih& sayang. 

4) Jangan terlalu lama sehingga menyebabkan tuan rumah tidak selesa @khuatiri ganggu perancangan tuan rumah

5) Mendoakan tuan rumah


p/s : copy paste dari fb. Tq pada yg share🤗

Thursday, August 11, 2022

7 pesan atau nasihat Sayyidina Ali bin Abi Thalib

Posted by moonlight at 12:18 PM 0 comments

 7 pesan atau nasihat Sayyidina Ali bin Abi Thalib:


1. Jangan Bicara Tentang Hartamu di Hadapan Orang Miskin

2. Jangan Bicarakan Tentang Sihatmu di Hadapan Orang Sakit

3. Jangan Bicara Kekuatanmu di Hadapan Orang yang Lemah

4. Jangan Bicara Kebahagiaanmu di Hadapan Orang Sedih

5. Jangan Bicara Kebebasanmu di Hadapan Orang yang Terpenjara

6. Jangan Bicarakan Anakmu di Hadapan Orang yang Belum Punya Anak

7. Jangan Bicarakan Tentang Orangtuamu di Hadapan Anak Yatim-Piatu


Jadikan renungan dan amalan kita dalam menjalankan hidup ini.

Thursday, August 4, 2022

Cara Renew Kad Debit Bank Maybank

Posted by moonlight at 5:08 PM 0 comments



Renew kad atau ganti kad secara online..Mudah, tak payah beratur panjang kat kad.. sebenarnya ada 2 cara.. secara online atau pun secara mesin dekat mana2 cawangan yg tersedia.. 

Tapi for me, i prefer online je.. sbb senang dan maybank akan pos kad baru terus ke rumah kita..

Ni step nya..

1. Masuk laman web maybank. Login seperti biasa



2. pilih setting, kemudian tekan cards

3. pilih  debit card- repalce, active & block. semak info nama alamat utk memudahkan proses pengeposan.. pengeposan kad baru mengambil masa 9hari.

4. Kemudian tekan titik2 3 tu..pilih replace card.. ikut je stel yg keluar.. kemudian dan selesai.. tunggu bila kad baru dan sampai kat rumah, boleh tekan active pula utk mengaktifkab kad baru.



5.  Bila kad baru dah sampai.. boleh lah aktif kan.

6. kad sampai dengan pengeposan pos laju

kad lama dan kad baru. maybank bg background sama lagi😅

Alhamdulillah.. selesai tukar kad yg hampir luput tarikh tahun ni ke kad baru luput bulan 8 2028.. 

Sunday, July 31, 2022

Panduan Pindah Milik Tanah Borang 14A

Posted by moonlight at 5:57 PM 0 comments

 Step tukar nama tanah

  • isi borang 14A yg boleh diperolehi dari pejabat tanah atau pun download online.
  • Sediakan dokumen yg diperlukan.
  • masuk bilik penyaksian borang utk tandatangan pemberi dan penerima
  • hantar borang ke LHDN 
  • isi borang duti setem LHDN
  • staf lhdn akan semak borang dan berikan balik kepada kita
  • tggu surat dr lhdn utk penilaian byrn LHDN
  • jika tidak dpt surat dr lhdn 30hari boleh call lhdn
  • lhdn akan hantar surat nilai perlu dibayar 1% dari harga tanah. bayaran perlu dijelaskan dlm tempoh yg diberitahu dalam surat.
  • setelah selesai bayar, hantar balik semua borang 14A serta resit bayaran lhdn ke pejabat tanah. 
  • staf kaunter akan semak, kemudian keluarkan cas khidmat utk satu bidang tanah
  • ambil no untuk bayar cas dan ke kaunter bayaran. jika ada tunggakan cukai tanah, perlu dijelaskan sekali dengan bayaran cas khidmat tersebut.
  • jika perlukan segera, tunggu dlm 2 jam masa bekerja utk dptkan geran baru. kita dinasihatkan utk mengambil geran baru dlm masa seminggu kemudian. 
  • selesai pindah milik tanah.




Kisah Dari Imam Syafie - Gaji Lelaki tidak pernah cukup

Posted by moonlight at 4:56 PM 0 comments

 “Diberitakan seorang lelaki datang menemui imam Shafie bagi mengadukan nasibnya yang hidup dalam penuh kesempitan. Beliau mendapat upah sebanyak 5 dirham bagi pekerjaannya. Duit gaji yang diterima itu tidak mencukupi. Peliknya, Imam Shafie tidak berkongsi idea supaya lelaki tersebut membuat kerja kedua, kerja separuh masa di tempat lain ataupun berhenti kerja, dan mencari kerja di tempat lain yang memberikan gaji lebih tinggi daripada 5 dirham.

Sebaliknya Imam Shafie menyuruh lelaki tersebut pergi menemui majikannya dan meminta supaya diturunkan gajinya kepada empat dirham sahaja. Beliau pergi menyampaikan arahan Imam Shafie itu walaupun dia bertambah keliru. Mengikut logik akal, sekiranya lima dirham tidak cukup, empat dirham lagilah tidak cukup.
Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut datang semula bertemu dengan Imam Shafie dan menceritakan bahawa selepas majikannya membayar gaji sebanyak empat dirham, dia masih berada dalam kesempitan hidup, gaji empat dirham itu tidak membuatkan hidupnya bertambah baik. 
Mendengar luahan lelaki itu buat kali kedua, Imam Shafie memerintahkan kepada lelaki itu untuk sekali lagi berjumpa dengan majikannya supaya mengurangkan satu dirham lagi dariapada gajinya menjadi tiga dirham. Jika kita sebagai manusia normal, mesti merasa pelik bagaimana Imam Shafie boleh mempunyai pemikiran yang bertentang dengan logik akal manusia normal, apabila memberi solusi untuk orang yang ada masalah ‘gaji tidak cukup’. Pada zaman ini, jika diminta berbuat begitu ada tak staf kerajaan mahupun swasta yang sanggup berjumpa dengan majikan untuk menurunkan gajinya?
Lelaki tersebut pergi sekali lagi berjumpa dengan majikannya untuk memohon dikurangkan gajinya kepada tiga dirham sahaja. Iaitu hampir 40 peratus kurang daripada gaji asal iaitu lima dirham.
Selepas seketika, beliau datang bertemu lagi dengan Imam Shafie dan menceritakan bahawa duit tiga dirham itu cukup untuk menampung semua keperluan hidupnya dan hidupnya menjadi lapang.
Lelaki itu diceritakan mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik upah yang jauh lebih rendah itu yang menjadikan keperluannya cukup? Beliau bertanya kepada Imam Shafie kenapa ia berlaku seperti itu?
Imam Shafie menerangkan bahawa pekerjaan yang beliau lakukannya hanya berhak untuk menerima upah daripada tiga dirham. Ekstra dua dirham daripada gajinya sebelum itu telah mencabut keberkatan hartanya, kerana sudah bercampur dengan yang haram.
Justeru, Imam Shafie menyebut, “Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak. Yang haram masuk ke dalam yang halal lalu merosakkan kesemuanya.”
Daripada kisah di atas, kita boleh merujuk kepada kisah hidup kita sama ada kesempitan yang kita alami itu disebabkan rezeki yang tidak cukup, ataupun ia sudah bercampur-aduk dengan yang halal dan yang haram. Mendapat dividen daripada akaun simpanan yang konvensional sudah cukup untuk menunjukkan ada harta haram yang sudah menyelinap masuk ke dalam kewangan kita.
Jika bekerja makan gaji, sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan, perlu diingatkan supaya sepanjang pekerjaan, kita elakkan, minimumkan peluang dan ruang untuk kita menyalahgunakan hak majikan untuk keperluan peribadi kita semata-mata. Contohnya, mencetak pembayaran bil utiliti menggunakan komputer pejabat tanpa kebenaran daripada majikan. Membuat salinan buku fotokopi buku latihan anak-anak menggunakan mesin fotokopi pejabat dan banyak lagi.
Bagi yang pernah melakukan perbuatan tersebut sebelum ini, gantikan semula dengan membeli kertas A4, dakwat mesin cetak ataupun dakwat mesin cetak itu dengan nilai kertas A4 dan sebagainya. Jika ada menggunakan kenderaan pejabat untuk keperluan peribadi, ‘top up’ petrol ataupun diesel pada kenderaan pejabat itu bagi menggantikan apa yang telah kita gunakan. Sebaiknya lebihkan, kerana banyak kos lain juga terlibat, termasuk tayar menjadi semakin haus sedikit, kita juga mempercepatkan sedikit tarikh tukar minyak hitam di atas setiap kilometer semasa kenderaan itu bergerak untuk keperluan peribadi kita yang tidak halal dan tanpa kebenaran majikan.
Kita risau duit gaji yang besar, habis dan tidak cukup untuk menanggung pelbagai musibah yang sentiasa mengetuk pintu rumah kita. Baru minggu lepas kita masuk hospital, hari ini pula compressor kereta kita pula yang rosak. Dan sebentar tadi, isteri pula memaklumkan tangki air bawah bumbung bocor dan airnya sudah membasahi komputer riba dan televisyen rumah. Allah, bala apakah ini?
Duit kita sentiasa tidak cukup. Satu per satu musibah kunjung tiba tanpa memberi peluang untuk kita berehat.”
Dipetik daripada : Shamsuddin Kadir, Cashflow Untuk Lelaki.

Kisah dari imam syafie - Lelaki Jaga pandangan, perempuan jaga aurat

Posted by moonlight at 4:53 PM 0 comments

 Imam Syafii pernah ditanya oleh seorang lelaki, "Istriku dulu saat pertama kali kami berdua menikah, dia terlihat sangat cantik dan menggairahkan. Namun sekarang, kenapa kecantikannya menghilang dan dia tidak lagi menggairahkan?”


Imam pun menjawab, "Coba selama satu bulan ini kamu tundukkan pandanganmu dari seluruh wanita yang bukan mahram bagimu. Sanggup?"


Sang lelaki pun menyanggupi. Lalu, sebulan kemudian lelaki itu kembali mendatangi Imam Syafii dan berkata, "Masya Allah Imam, sungguh selama sebulan ini tidak ada wanita cantik dan menggairahkan selain istriku."


Imam Syafii pun membalas, "Sebenarnya istrimu tidak berubah, namun ketika kamu menjadi laki-laki yang sering melabuhkan pandangan kepada wanita-wanita yang tidak halal, ketika itu Allah mencabut kenikmatan pandanganmu melihat yang halal.


Di saat Allah mencabut kepadamu kenikmatan melihat yang halal itulah kenapa kamu melihat istrimu menjadi biasa. Akan tetapi, ketika kamu meninggalkan pandangan yang haram. Lalu kemudian kamu hanya menikmati pada pandangan yang halal, di sanalah kamu akan mendapati kenikmatan istrimu kembali."


Masya Allah dari cerita di atas, kita bisa ambil kesimpulan bahwa kecantikan istri bukan hanya bersumber dari istri kita sendiri. Tapi justru suami yang pandai menjaga pandangan yang membuat istri selalu cantik dimata suami. karena istri kita menjadi satu-satunya yang kita pandang, dan terhindar dari membandingkan istri kita dengan orang lain. 


Jika kita terus mengikuti nafsu saja, kita tidak akan pernah merasa puas dan kufur atas nikmat yang Allah sudah berikan. Selalu jaga pandangan yah guys 


Share atau Save kalau dirasa konten ini bermanfaat yah 😊

Friday, February 11, 2022

Hadis Jujur Dlm Berniaga

Posted by moonlight at 1:25 PM 2 comments

 Sayyidina Abu Hurairah (r.a) meriwayatkan bahawa (pada suatu hari) Rasulullah (s.a.w) berjalan di sisi timbunan bijirin lalu Baginda (s.a.w) memasukkan

tangannya ke dalam timbunan itu maka jari-jari Baginda (s.a.w) menjadi basah.


Lantaran itu Baginda (s.a.w) bertanya kepada si penjual bijirin itu,


"Apakah ini wahai tuan bijirin?" Lelaki itu menjawab,


"Ya Rasulullah, bijirin ini telah ditimpa hujan." 


Baginda (s.a.w) bersabda, "Kenapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas supaya pembeli boleh nampak? Sesiapa yang menipu bukanlah daripada saya yakni bukan daripada kalangan pengikut-pengikut saya." (Muslim)

Thursday, February 10, 2022

Hadis sesiapa yang berpaling daripada jalanku bukanlah dia daripada kalanganku

Posted by moonlight at 2:29 PM 0 comments

 Sayyidina Anas bin Malik رضي الله عنه berkata,


"Tiga orang sahabat telah pergi ke

rumah isteri-isteri Nabi ﷺ bertanyakan mengenai ibadat Baginda ﷺ. Setelah mereka diberitahu, seolah-olah mereka menganggap amalan Nabi itu sedikit."


Kata mereka, "Di manakah kedudukan kita dibandingkan dengan Nabi ﷺ? Allah telah mengampunkan seluruh dosa Baginda ﷺ yang terdahulu dan yang terkemudian (itu pun jika ada)." 


Salah seorang daripada mereka berkata, "Adapun

saya, maka saya akan berterusan bersolah malam selama-lamanya.." 


Kata seorang lagi,

"Saya akan terus berpuasa setiap hari tanpa meninggalkannya." 


Seorang lagi pula berkata,

"Saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan berkahwin selamanya." 


(Sedang mereka bercakap-cakap) Rasulullah ﷺ pun sampai lalu bersabda,

"Kamukah orang yang berkata begini begini? Dengarlah dengan teliti, demi Allah, akulah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling

bertaqwa dalam kalangan kamu. Namun, ada hari yang aku berpuasa dan ada hari yang aku tidak berpuasa, aku bersolah malam dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini wanita-wanita (inilah dia jalanku). Maka sesiapa yang berpaling daripada jalanku bukanlah dia daripada kalanganku." (Bukhari)

Saturday, January 29, 2022

Alquran Amazing Saiz A4

Posted by moonlight at 4:47 PM 0 comments

 MENCARI AL-QURAN ADA TERJEMAHAN PER KATA ⁉️

.








🌟AL QURAN A4 AMAZING 🌟

.

Best nih! Boleh bagi hadiah buat yang tersayang

.

Ada 7 pembahagian utama mengikut keperluan praktikal masyarakat terhadap amalan seharian

.

1) Ibadah

2) Muamalah

3) Akidah

4) Sirah Nabawi

5) Kisah Nabi dan Rasul

6) Asmaul Husna 

7) Terapi Qurani

.

33 KEISTIMEWAAN dalam AL Quran Amazing, antaranya:

.

🌟Terjemahan tafsiriyah (per kata)

🌟penunjukan ayat perbahasa

🌟tajwid berwarna

🌟panduan hukum tajwid

🌟kaedah-kaedah tajwid 

🌟Mu’jam (kamus)

🌟dan BANYAK LAGI

.

Penulisan Al-Quran Amazing mengikut resam Uthmani dan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu👍

.

Siap ada tagging tauu and ada KHATAM TRACKER untuk bantu khatam dalam 30 hari😍 Ayuh dapatkan sekarang!


http://www.wasap.my/60139122428

http://www.wasap.my/60139122428

http://www.wasap.my/60139122428



#AlQuranTajwidTerjemahan #AlquranHumaira #AlquranPelangi #AlQuran #AlQuranTagging #NasihatBuatDiri #NasihatBuatHati #NakBebel #alquranviral #VSCOMalaysia #TarbiahSentap #JomDakwah #NakSentap #NakPesan #NakPickupline #TolongDengar #SeribuSatuCerita #NakNgepek #Apakes #JomMuhasabahDiri #JomPerbaikiDiri #DoneDakwah #trustedsellermalaysia #alquransaizA4 #alquranamazing #dmoonapparel #hadiah #hantarankahwin #MalaysiaTrending #bisneskitadakwahkita

Buang sifat bersangka-sangka

Posted by moonlight at 4:34 PM 0 comments

Kadang-kadang manusia ni berbeza pemikiran nya.. ada yang tak de niat buruk apa pun.. tapi org lain pula tafsir yang buruk2.. kesian sebenarnya bila hadapi orang mcm ni.. oh.. sy pernah jumpa dan hadap org mcm ni dulu.. sampaikan banyak benda buruk dia bgtau org lain dan yang tak best org lain percaya.. oleh itu sila dgr dua belah pihak jika ada cerita yang  tak best.. sbb ade manusia yang jenis mcm ni.. suka bersangka buruk pada org lain dan suka buruk kan org lain dgn cerita yang tak betul.. itulah manusia kan.. rambut sama hitam.. hati Allah je tahu..

Jom baca ilmu ni dan hadam.. semoga yang ada sifat ni di berikan hidayah dan berubah.. semoga diri ini juga dijauhkan dari sifat ini dan di jauhkan dari manusia yang tak baik.. semoga Allah dekatkan diri ini dengan org yang baik2 sahaja.. aaamiin..🤗

————————-

 BURUK sangka adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah. Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu. 

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar  kepada Allah SWT.  Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain . Adakah seseorang  dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya . (oleh itu , patuhilah larangan-larangan tersebut )dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani (Surah Al Hujurat ,ayat 12).

Ketika menjelaskan secara terperinci ayat tersebut dalam rancangan Pesona D’ Zahra  di IKIMfm pada minggu lalu, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin berkata ia terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat  berkenaan  juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan daripada  prasangka yang buruk. Dalam erti kata lain, kita disaran agar tidak terpengaruh dengan individu yang suka bersangka-sangka.

Allah mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak. Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik saja atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah  SAW  maksudnya: “ Barangsiapa yang beriman kepada Alah  dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata  yang baik atau hendaklah ia diam.(Riwayat Imam al-Bukhari). Menurut Muhammad, seseorang itu mudah terpengaruh dengan sangkaan yang dibuat oleh oleh orang lain atas tiga sebab. Pertama adalah   disebabkan tidak kenal  orang yang diburuk sangka itu. Oleh itu, elakkan mencari kekurangan orang lain , tetapi  bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu  dengan lebih rapat dan berdoalah kebaikan untuk baginya. 

Seterusnya  bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan segala perkhabaran  yang tidak dipastikan kesahihannya, adalah amat penting untuk kita sentiasa peka dan memahami situasi yang dilalui oleh individu yang diburuk sangka itu. Jika tidak  mengambil peduli  perkara sebegini sifat buruk sangka akan sentiasa berlanjutan. Jiwa akan hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka. Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Selain itu, individu yang tidak mempunyai pendirian  akan menyebabkannya mudah terpengaruh dengan segala  sangkaan yang negatif yang diterima daripada  pihak lain. Oleh itu, apabila  mendapatkan sebarang maklumat atau berita  negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi maklum balas  secara negatif. Allah berfirman yang maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Berburuk sangka terhadap suami  adalah berdosa. Dalam kes isteri yang tidak mempercayai suami , ia hanya akan membawa lebih banyak  keburukan daripada kebaikan. Pertengkaran akan  terjadi apabila isteri menuduh  suami melakukan perbuatan yang tidak melakukannya. Kesimpulannya, dalam  melayari rumahtangga  yang bahagia,  setiap pasangan disaran  agar  tidak sesekali berburuk sangka dan  mudah terpengaruh dengan  pihak lain yang bersangka-sangka.


p/s : sumber https://ikimfm.my/jauhi-sifat-buruk-sangka/

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers