Alhamdulillah..Malaysia tidak ketandusan keluaran buku2 agama untuk dijadikan bimbingan dan amalan..
Jadi apa lagi kwn2..berebut2 mencari buku2 agama..jadikan pedoman hidup..
Al-Mathurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah , jiwa akan mejadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al -Kalimuttayyib :
"Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."
Abdullah bin Busr r.a berkata, seorang bertanya,
"Ya Rasullullah syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik".
Jawab Nabi,
"Hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir pada Allah."(Riwwayat al-Tirmizi)
Kelebihan-kelebihan Membaca Mathurat :
1. Dimulakan dengan “Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk”(Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNYA sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah).
2. Memuji Kebesaran Allah dengan bertasbih.
3. Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
4. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari mahupun tidak).
5. Berlindung dari kejahatan Makhluk dan memohon Keampunan Allah.
6. Menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan malas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
7. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklak tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
8. Mohon dihindari daripada kekakafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.
0 comments:
Post a Comment