Blogger Widgets

Sunday, December 2, 2012

Isteri makan dengan lelaki lain

Posted by moonlight at 1:15 PM

Isteri makan dengan lelaki lain

Persoalan : 

SAYA dan suami bekerja di bawah syarikat sama namun kami berlainan unit dan jabatan. Saya ada kemusykilan, ba­gaimana sekiranya di pejabat saya pergi ke kantin untuk makan bersama dengan rakan lelaki bujang.
Kami hanya berkawan di pejabat dan tidak pernah keluar bersama pada waktu lain di luar pejabat. Bagaimanapun, saya ada memaklumkan kepada suami dan dia membenarkan jika saya pergi ke kantin bersama lelaki berkenaan.

Adakah berdosa jika isteri berkelakuan sedemikian?

NADHRAH,

Pulau Pinang


Jawapan :

ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu. Ia jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)

Patuhi tatacara pergaulan seperti yang dianjurkan dalam ayat al-Quran supaya seorang wanita itu dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat.

Sama juga halnya yang perlu puan lakukan. Perlu ada perubahan dalam hidup puan selepas berumah tangga iaitu menumpukan kepada rumah tangga dan suami.

Baik kiranya puan keluar makan bersama suami berbanding dengan teman sepejabat selepas berumah tangga.

Sumber : Harian Metro. 

p/s: bagi sy..kalau suami da bg isteri keluar mkn ngan lelaki len..means si suami pun pernah atau akan keluar dengan perempuan len..what goes around comes around..tu je..hukum alam.. Jadi kalau tak nak suami mkn dengan perempuan len..jgn la gatal2 nak kua ngan lelaki len..lagipun tak manis dan akan menimbulkan fitnah.. ;)

Sharing is Caring.. ;)

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers