Kisah 1 :
Seorang permaisuri bercerita.. masa dulu kecil2 selalu bangun lambat sampai matahari meninggi.. seperti ibu2 lain mesti dia akan kejutkan anak nya utk bangun.. ayat yang selalu ibu nya sebut .. "permaisuri, bangunlah.. matahari dah tinggi".. boleh di katakan setiap hari ayat yang sama.. dan makbulnya kata2 ibu, dan sekarang permaisuri betul2 menjadi permaisuri..
Kisah 2 :
Seorang ustaz dari kecil kehilangan ayah dan hidup susah dengan ibu tersayang.. masa sekolah rendah, sekolah menganjurkan lawatan sambil belajar ke kuala lumpur. ustaz balik dan bgtau ibu dan tunjukkan surat lawatan.. ibunya senyum lalu berkata "pergi dengan air liur je lah.." ayat ini berulang dan terus berulang setiap kali ustaz bawa balik surat utk lawatan.. dan alhamdulillah.. makbul kata2 ibunya.. sekarang ustaz betul2 nk ke mana sahaja tidak perlu byr. semua org byr.. jadi makbulkan doa pergi kemana sahaja dengan air liur..
Kisah 3 :
Seorang pemuda sangat liar sampaikan mak dan ayah nya tidak tahu dah nk buat mcmana dengan sikap liar anak mereka. Ibubapa pemuda sudah malu dengan orang kampung dengan perangai anak mereka, lalu mereka mengambil keputusan utk berhijrah ke tempat lain. Di tempat baru sikap pemuda tersebut tetap sama dan tidak berubah. Seorang imam mula berkawan dengan pemuda tersebut. hanya berkawan dan tidak pernah mendesak pemuda tersebut utk berubah. lama kelamaan pemuda tersebut mula bertanya tentang hukum hakam dalam islam. dan perlahan2 pemuda itu berubah dan selalu ke masjid, tidak tinggal solat dan menjadi pemuda yang baik. dia juga sentiasa mendidik adik2 nya ke arah yang baik. subhanallah..
kemudian, pada suatu hari, pemuda tersebut menaiki kereta dan memasang alunan bacaan alquran di dalam kereta yang dipandu. tiba2 tayar kereta pemuda tersebut rosak. pemuda tersebut berhenti dan keluar utk melihat keadaan tayar kereta yang dihadapan tersebut. tanpa di duga, sebuah lori trelar telah melanggar kereta tersebut dan pemuda itu juga. pemuda tersebut meninggal dunia dengan alunan alquran di dalam kereta masih kedengaran.. Allahuakbar.
Berita kematian pemuda telah diketahui oleh ibu bapa dan adik beradik. Mak ayah mana yang tidak sedih kehilangan anak yang baik, anak yang sudah mula berubah baik.. orang yang paling sedih dengan kematian pemuda tersebut adalah ayah beliau.. ayah nya menyebut "aku sebabnya" berulang2 sambil menangis. Imam yang pergi melawat juga turut merasa sedih. Imam tersebut merasa hairan dengan ayah pemuda dengan menyebut aku sebab semasa kematian pemuda, lalu beliau menunggu sehingga ayah pemuda tersebut reda dari tangisan utk bertanya.
Imam bertanya "kenapa pakcik menyebut saya penyebab atas kematian anak pakcik?"
pakcik tu menjawab "saya lah yang selalu berkata dulu semasa anak saya liar dengan kata2 supaya dia mati dilanggar lori"
subhanallah.. ayah pemuda hanya berkata2 dengan kata2 itu ketika marah dengan perangai liar pemuda dulu.. dan kata2 itu menjadi doa dan makbul walau pemuda tersebut sudah insaf.. ayah pemuda tersebut sangat sedih dan menyesal dengan kata2 nya yang keluar selama ini.
alfatihah buat pemuda tersebut.
--semua kisah ini adalah kisah benar--
**semoga menjadi iktibar buat kita semua dan paling baik utk ibu bapa utk jaga kata2 yang keluar utk anak2.. keluarkan kata2 yang baik utk anak2. semoga ia menjadi doa utk mereka kelak. buat mereka yang masih ada mak dan ayah, boleh minta mereka utk berdoa utk kita yang baik2. anak2 juga jgn lupa doakan kan ibubapa setiap kali solat.
0 comments:
Post a Comment