Blogger Widgets

Monday, June 15, 2015

Adakah wajib solat di masjid?

Posted by moonlight at 10:28 PM
Adakah wajib solat di masjid?

Kelebihan solat jemaah 25 atau 27 kali ganda

Ada beberapa hadis Nabi menjelaskan tentang solat berjemaah. Pertama sabda Nabi saw bermaksud;

“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).

Ada pula di dalam riwayat 25 kali ganda. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).

Daripada hadis ini difahami bahawasanya solat bersendirian ini adalah baik dan solat berjemaah adalah lebih baik. Maka solat berjemaah adalah tidak wajib.

Nabi ingin membakar rumah orang yang tidak hadir solat jemaah

Pendapat kedua pula yang mewajibkan solat jemaah, melihat kepada hadis Nabi saw bermaksud;

“Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan sekerat daging atau dua iga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat isya’. ” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)

Di sini bermaksud rumah orang-orang yang tidak solat subuh. Jadi hadis ini menunjukkan betapa Nabi S.A.W mengambil kira pentingnya solat secara berjemaah bahkan telah menjadi satu adat kebiasaan para sahabat Nabi di zaman itu mengenali orang-orang sekeliling melalui solat berjemaah. Sesiapa sahaja yang tidak solat jemaah pada ketika itu akan dikatakan munafik. Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda, maksudnya;

“Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan Subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada pada dua solat itu pasti akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat jemaah pada ketika itu.

Hasil daripada perisian ini maka keluarlah pendapat di dalam mazhab Imam as-Syafi’e, mereka melihat bahawasanya apabila Nabi menggunakan perkataan afdhal. Bermaksud solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian 27 kali ganda. Merujuk kepada amalan tersebut bukan wajib tetapi sunat muakkad.

Penghujahan mazhab Hambali

Tetapi dijawab oleh ulama di dalam mazhab hambali, apabila Nabi saw bersabda,

“Ibadah Haji yang paling utama adalah al-‘ajju (mengumandangkan talbiyah dengan suara keras) dan tsajju (menumpahkan darah hewan yang dihadiahkan)”. (riwayat Imam Tirmudzi dari Ibnu Umar)
Maksudnya ialah suara kuat ketika bertalbiah dan juga melakukan ibadah korban kerana diriwayatkan di dalam mazhab hambali, ibadah haji yang tinggal hanyalah satu iaitu tamattu’.
Mazhab Hambali ini mempunyai beberapa pendapat antaranya ialah haji yang masih boleh dilakukan adalah haji tamattu’ sahaja, manakala kiran dengan ifran telah dimansuhkan kerana dalil Nabi saw berkata ketika selesai tawaf wada’dan selesai sa’ie di Safar dan Marwa iaitu haji atau umrah akan masuk ke dalam haji selama-lamanya bermaksud mereka beristimbat hukum daripada dalil tersebut bahawa haji tamattu’ adalah menggabungkan antara umrah dan haji, maka ia adalah haji yang tertinggal.

Pendapat mazhab hambali yang kedua iaitu yang berdalilkan sabda Nabi saw tentang solat berjemaah, mereka berdalilkan juga dengan peristiwa solat khauf iaitu solat ketika berperang. Dimana Nabi saw mengajar solat ketika perang juga berjemaah. Ketika berperang dalam keadaan mudarat juga perlu solat berjemaah, apatah lagi bukan di dalam perang.

Mereka juga berdalil dengan hadis Abdullah Ibn Umm Maktum sahabat Nabi yang buta. Beliau datang kepada Nabi saw dan bertanya tentang apakah yang harus beliau lakukan apabila mendengar azan? Adakah beliau perlu ke masjid sedangkan tiada sesiapa yang boleh membawanya. Nabi bertanya adalah kamu mendengar azan tersebut? Jawab Abdullah, ya. Maka Nabi saw berkata jawablah azan tersebut iaitu datanglah ke masjid.

Dari Abu Hurairah berkata : Seorang laki-laki yang buta datang kepada Rasulullah dan mengatakan : Ya Rasulallah, sesungguhnya aku tidak memiliki seorang yang menuntunku ke masjid. Maka Rasulullah memberikan rukhsoh (keringanan), ketika orang pergi kemudian dipanggilanya lagi dan ditanya : “Apakah kamu mendengar panggilan solat (adzan)? Orang itu menjawab : Ya. Maka beliau bersabda : “Penuhilah panggilan itu.” (riwayat Imam Muslim)

Penuhi solat apabila mendengar azan

Pada zaman Nabi saw tidak mempunyai pembesar suara, ini menyebabkan kita mempunyai beberapa kategori mendengar azan. Antaranya jika seseorang mendengar azan tanpa pembesar suara, maka orang tersebut wajib ke masjid tetapi berbeza pula jika seseorang mendengar azan melalui pembesar suara yang jarak dari kediamannya 5 km, sedangkan orang tersebut hendak menghadiri masjid begitu sukar. Jadi azan seperti ini yang disebut oleh Syaikh Bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi telah dijatuhkan sunat muakkad untuk orang tersebut menghadiri masjid disebabkan jarak yang jauh.

Asasnya solat berjemaah itu adalah wajib walaupun ada pendapat yang menyatakan ianya sunat muakad.

Sumber : Blog Ustaz Fathul Bari

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers