Assalamualaikum..
Sedikit ilmu utk di kongsi bersama2 kwn yang mungkin suka jenguk blog munie ni.. maaf, sudah lama tidak menulis dan byk iklan mencari rezeki.. jika ada berkenan di hati jubah2 atau blouse boleh lah whatsapp munie yer.. lama juga tak blog walking.. jadi tak byk tahu perkembangan kwn.. fb pun sama.. pos jualan, pastu dah tak view mana feeds.. kalau ada yang negatif munie unfollow je.. demi menjaga hati dari kekotoran dunia..
Tajuk ilmu kali ni galakkan suami ke masjid.. rasa nya bukan mudah utk berlapang dada dan menuju ke arah yang lebih baik.. kena sedikit demi sedikit belajar mendidik hati.. bukan nk berlagak baik atau alim.. tp munie masih belajar utk be a good muslimah.. insyaAllah.. mungkin sebelum ni bg mereka yang dah ada husband, solat bersama kat rumah.. munie pun mcm tu juga..suka bila ada imam..dulu imam munie ayahanda tersayang yang mmg wajib kat rumah kami solat berjemaah..
syukur.. dpt suami pun boleh jadi imam.. mungkin pada mula tidak biasa, tp lama2 akan biasa jadi imam utk isteri..isteri mana yang tak happy bila boleh solat berjemaah di rumah.. lepas solat boleh salam cium tangan, gugur segala dosa.. tp sebenarnya kita silap... lelaki wajib solat berjemaah di masjid atau surau.. setiap waktu solat.. bila dah ada ilmu ni.. pada permulaan nk ubah rutin kami.. mmg susah nk terima.. ada lah sedikit memberontak dlm hati.. rindu nk solat jemaah dengan suami..almaklum lah.. si isteri ni manja.. hahaha.. nasib suami faham dan pandai pujuk.. alhamdulillah..
Lepas tu cari ilmu.. kenapa perlu solat di masjid.. dan penjelasan nya ada di bawah.. boleh baca sama2.. insyaAllah kita kongsi bersama ilmu dan cuba ikut utk dijadikan bekalan di sana kelak.. insyaAllah..buat isteri.. jgn risau tak dapat pahala jemaah.. kalau ada anak perempuan , ajak anak solat jemaah bersama.. kalau belum dikurniakan zuriat.. solat sendiri di rumah lebih baik.. sbb pahala galakkan suami ke masjid berjemaah pun kita dapat sama dengan suami.. kalau nk solat di masjid pun boleh.. Nabi tak halang, tp kena igt.. nk ke masjid make sure tutup aurat dengan betul, agar tidak mendatangkan fitnah.. stoking kaki pakai, baju sembahyang jgn jarang.. jaga betul2.. kalau tak mampu, solat je kat rumah.. itu lebih baik bg perempuan..
---------------------
SOLAT BERJEMAAH DI MASJID
Lelaki diberatkan supaya solat di masjid kecuali sakit atau keuzuran. Sibuk dengan tugas bukan alasan tidak dapat berjemaah. Sebagaimana yang tercatat dalam Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Musnad Ahmad, Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan Solat Fajar (Subuh). Andai kata mereka tahu apa yang terkandung dalam kedua-dua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Sesungguhnya aku telah berhasrat untuk memerintahkan solat agar didirikan. Kemudian aku memerintahkan seorang lelaki untuk (mengimamkan) solat bersama-sama orang ramai. Kemudian aku akan keluar bersama beberapa orang yang membawa bersama mereka berkas-berkas kayu api menuju kepada kaum yang tidak datang solat bersama-sama. Lalu aku akan bakar rumah-rumah mereka".
Dalam Sunan Ahmad ada penambahan; "Andai kata tiada wanita dan anak kecil di dalam rumah-rumah itu nescaya aku akan bakar semuanya".
Berjemaah di masjid memperkukuh hubungan sesama Islam juga menghidupkan masjid. Masjid sepatutnya menjadi pusat masyarakat Islam yang di sekitarnya menjadi tempat orang Islam menjalankan kegiatan harian sperti berurus niaga. Lantas masjid akan berada berhampiran kita dan tidaklah terpencil mahupun tersorok.
Wajarlah ia dibina di tengah-tengah pusat komersil dan di tengah-tengah kawasan perumahan. Sepatutnya setiap hari masjid kita meriah seperti solat Jumaat. Malangnya kita ada lima waktu sehari semalam namun masjid suram dan sukar mendapat satu saf kecuali Jumaat. Akhirnya masjid menjadi asing dan bertukar jadi perhiasan.
Mengapa Islam memberatkan wanita bersolat di rumah?
Banyak sebabnya. Antaranya untuk jaga rumahtangga, keluarga dan anak-anak. Jika hanya suami ke masjid dan dia tahu keadaan anak-anaknya terjaga dan selamat di rumah bersama isteri maka suami akan lebih tenang beribadat.
Jangan fikir sebab terpaksa terbeban dengan tanggungjawab rumahtangga, wanita tidak dapat mengumpul pahala. Menjaga anak, menguruskan rumahtangga, mendengar cakap suami dan setiap satu pekerjaan yang wanita lakukan di rumah kerana Allah tetap mendapat pahala. Kadang-kadang wanita lupa pada perkara-perkara kecil seperti menyediakan pakaian suami untuk ke masjid juga mendapat pahala.
Wanita juga boleh solat jemaah di rumah bersama anak-anak misalnya dan mendapat pahala jemaah sama seperti di masjid. Wanita kena tahu yang mana harus dilebihkan pada waktu sama masih mendapat pahala. Paling penting sebagai isteri galakkan suami berjemaah di masjid.
Semoga anda turut mendapat pahalanya. Rasulullah bersabda:"Orang yang menunjuk kepada sesuatu kebaikan adalah seperti orang yang melakukan kebaikan itu." Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.
Wallahu'alam...
#copypasteilmu
p/s : Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.
0 comments:
Post a Comment