Blogger Widgets

Wednesday, September 28, 2016

Muzakarah 6 Sifat Sahabat R.A

Posted by moonlight at 10:59 PM
Muzakarah 6 Sifat Sahabat R.A



Sesungguhnya hari ini kejayaan seluruh manusia bukan pada harta, pangkat darjat dan lain-lain. Allah swt telah meletakkan kejayaan seluruh manusia hanya dalam mentaati perintah dan meninggalkan segala laranganNya.

Hari ini semua manusia bertindak mengikut keyakinannya. Sekiranya pada hari ini kita yakin dengan harta beri kejayaan, maka kita akan bertungkus lumus untuk mencari harta siang dan malam. Begitu juga sekiranya kita yakin dengan pangkat darjat akan memberi kejayaan, maka kita akan usaha untuk pekara tersebut.

Untuk mencapai kejayaan kita mesti mengikuti orang-orang yang sudah berjaya. Contohnya jika kita ingin dapat kejayaan dalam bidang kedoktoran maka kita akan ikut contoh doktor2 yang telah berjaya. 

Begitu juga dalam pekara agama untuk kita dapat kejayaan kita kena ikut orang2 yang telah berjaya.

Siapakah orang yang telah berjaya? Mereka adalah Sahabat2 Nabi saw yang ketika di dunia lagi telah mendapat keredhoan Allah swt. 

Apakah ciri2 yang telah membuatkan Allah swt redho kepada mereka? Dalam diri atau kehidupan Sahabat Nabi saw ada 6 sifat2 unggul yang mana sekiranya kita dapat amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama.


Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang Adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A Kerana mereka di cintai Rasulullah SAW
 
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis
 
Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia , Allah telah redha  dengan kehidupan  mereka di dunia.
 
Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini Dengan dapat redha Allah, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A
 
“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis
 
Jadi, Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.
 
Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR  RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat Solat yang Khusyuk dan Khuduk
3. Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
4. Mereka ada Ikramul Muslimin
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh (Lapang Diri, masa dan harta, keluar di Jalan Allah)

Jadi , ke enam2 sifat inilah yang kita kene usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita, maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.
 
Sekarang kita muzakarahkan, macam mana ke enam2 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
 
1.    USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
 
KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
 
MAKSUD :
 
Maksud dari pada kalimah ini , adalah “meyakini hanya sanya Allah SWT sahaja yang berkuasa,Makhluk langsung xde kuasa”

Buang segala kebesaran makhluk, hanya ada kebesaran Allah swt. 
 
CARA NAK DAPAT :
 
Jadi untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari2 kene banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati, Insya Allah.
 
KELEBIHAN :
 
Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah. Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia, Insya Allah.

Cth kisah : Saidina Umar diberi minum racun, tapi yakin bahawa racun tak boleh manfaat/mudarat. Saidina Umar minum tak tak jadi apa, malahan jd ubat kpd penyakit beliau. 

 
KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
 
MAKSUD :
 
Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.
 
Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
 
1.    Sunnah Surah   (Penampilan Nabi SAW)
2.    Sunnah Sirah    (perjalanan Nabi SAW)
3.    Sunnah Sarirah   ( fikir Nabi SAW)
 
CARA NAK DAPAT :
 
1. Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kene macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
2. Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kene wat perkara yang sama Insya Allah
3. Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kene belajar2 fikir risau umat Insya Allah.

Kisah sahabat: Sahabat yg melalui satu kawasan tundukkan badan. Dulu pernah lalu bersama Nabi saw, Nabi saw tunduk sbb ada pokok. Walaupun pd masa tu sudah tidak ada pokok, sahabat tetap tunduk kerana yakin pd cara Nabi saw ada kejayaan. 


KELEBIHAN :
 
"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" - Hadis
 
2.    USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK
 
MAKSUD :
 
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll)
 
Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah. Begitulah sebaliknya.
 
Solat Yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah Allah secara tunai. Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.

Kisah sahabat: Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali K.A.W tersebut.

Saidina Annas rad, solat beliau dapat turunkan hujan hanya dalam kebun beliau sahaja. 

Dikisahkan bahawa bangunan tersebut hanya memerlukan satu bata sahaja untuk disiapkan, namun demi kerana ilmu yang dipegangi oleh beliau, maka beliaupun terus menuju kepada panggilan Ilahi tanpa menyiapkan bangunan tersebut walupun hanya satu batu-bata sahaja lagi yang tinggal. Sebenarnya kisah sebegini amat banyak berlaku di kalangan para sahabat r’hum, mereka tidak mahu membuat satu perkara pun dengan melanggari perintah Allah SWT. 



CARA NAK DAPAT :
 
Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.
 
KELEBIHAN :  
 
Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran :
 
1.    Diangkat kesempitan hidup
2.    Ditarik azab kubur
3.    Mendapat buku catitan amal dengan tangan kanan
4.    Melintas titian sirat sepantas kilat
5.    Masuk Syurga Tanpa Hisab
 
Siapa dapat jaga takbiratul ula 40 hari berturut2, Allah beri 2 kelebihan:
   - Terlepas dari sifat Nifaq
   - Terlepas dari azab neraka


3.   USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
 
Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu2 keadaan.
 
Cthnya ketika bekerja, tiba2 azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.
 
Maksud ilmu juga, “Apa2 yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”
 
CARA NAK DAPAT :
 
Ilmu terbahagi kepada dua, ilmu fadhail dan ilmu masail. Ilmu masail maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara. Ilmu masail kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid.
 
Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amalIlmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab fadhail amal (di dalam majlis taklim)
 
*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, Insya Allah.
 
KELEBIHAN :
 
Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid. 
Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah Sepanjang2 malam. 
Orang yg keluar menuntut ilmu, malaikat akan menghamparkan sayap2. 
Sahabat2 rad tak akan amal sesuatu perkara tanpa ilmu. 

Kisah sahabat: Sahabat2 rad bila Nabi saw bgtahu satu perkara, terus amal. Bila Nabi saw ajar doa masuk/keluar masjid, sahabat terus amal. 


Zikir

Maksud zikir ialah mengingati Allah swt dalam setiap masa dan keadaan. 

Orang yang berzikir seolah2 hidup disisi Allah, orang yg tak berzikir seolah2 mati disisi Allah swt. 

Siapa yg selalu membasahkan lidah dengan zikrullah, akan masuk syurga dengan tersenyum2. 
Sekurang2nya 300 pagi dan petang


4.   USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN
 
MAKSUD :
 
Menunaikan hak suadara (seislam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
 
Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
 
CARA NAK DAPAT :
 
1.    Memuliakan Alim Ulama’
2.    Menghormati Orang2 tua
3.    Kasih Sayang kanak2
4.    Bersangka baik
 
KELEBIHAN :
 
Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah 1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia ) 72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.
 
Allah swt hntr 70,000 malaikat utk doa makfirah. 

Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima, Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit. Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.

Kisah sahabat : Dalam perang Yarmuk, Hadrat Abu Jahm yg nak beri air kpd sepupunya, sepupunya ikram pd orang lain yg lebih perlu. 

Nabi saw bertanya kpd sahabat siapa yg sanggup ambil tetamu ke rumah. Satu sahabat terima dan bawa tetamu mkn dirumah. Sahabat tutup lampu. Makanan hanya ckup utk tetamu shj. Sahabat buat seolah2 mkn. Tetamu kenyang. 

 
5.   USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS
 
Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT, semata2 kerana Allah SWT.
 
CARA NAK DAPAT :
 
Kita kene selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal Pastikan ikhlas semata2 kerana Allah SWT.

Kisah sahabat : Saidina Ali sedekah 3 biji limau. Ada orang hantar 29 biji limau. Saidina Ali kata tu bukan kepunyaannya. Kalau kepunyaannya mesti 30biji limau. 
 
KELEBIHAN :
 
Niat yang ikhlas semata2 kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal. 
Hanya amalan yg ikhlas akan membersarkan ganjaran. 


Kisah sahabat : Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar Gunung Uhud.

 
6.  USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH
 
MAKSUD :
 
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri, masa dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga.
 
Jadi kita kena infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT
 
CARA NAK DAPAT :
 
Bagi masa keluar di jalan Allah (untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman) Selama 4bulan, atau 40 hari, atau 3hari.
 
Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan Maka Allah SWT akan bagi roh agama.
 
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan je, dia dapat roh/nyawa.
 
Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah Yg sangat lama.
 
Maka  saidina Umar r.a telah Tanya adik perempuan nya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suami nya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
 
Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja
 
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal2 yang kita buat masa 40 hari tersebut.
 
Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah) Selama beberapa hari ( hampir 40 hari )
 
Maka Nabi SAW bgtau, kenapa tak dicukupkan 40 hari.
 
Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.
 
KELEBIHAN :
 
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
 
Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.

Seketika berdiri di jalan Allah lebih baik dari beribadat di depan Hajarul Aswad, di malam Lailatul Qadr.
 
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers