Blogger Widgets

Monday, August 13, 2018

Trip Honeymoon Pulau Redang 8/8/2018-10/8/2018.

Posted by moonlight at 11:45 PM
Trip Honeymoon Pulau Redang 8/8/2018-10/8/2018.

Alhamdulillah Allah bg rezeki utk sampai di Pulau Redang. Kami ambil pakej 3 hari 2 malam di Redang Lagoon Chalet. RM300 untuk satu kepala. Kalau lagi ramai lagi murah. Harga dari rm260. Yang kami ambil ni untuk hari bekerja, bagi weekend harga die mahal sikit. 
MashaAllah..Indahnya ciptaan Allah


Pakej Redang Lagoon Chalet
Pakej Redang Lagoon Chalet

Naik ferry dari jeti shahbandar, kuala terengganu dalam jam 10.30pg. Sampai di sana dlm jam 12 tghari. Sampai2 je check in terus mkn tghari. Jam 2.30 ptg kami di bawa ke open sea utk snorkeling. Jadi ada masa nk rehat sekejap dan ada masa nak solat. Oh ya, kat chalet ni ada suaru tau. Kami dpt bilik betul2 depan surau. Surau chalet ni nama surau barokah. Bilik kami A2. Jadi senang lah hubby solat di surau 5 waktu berjemaah. 
Surau Barokah, Redang Lagoon Chalet, Pulau Redang.

Sebelum pergi tu hubby dah ckp kalau boleh nk pulau yang masjid atau surau hidup solat jemaah 5 waktu. Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Jam 2.30 berkumpul depan cafe dan kami dibawa naik bot untuk ke laut dalam. Subhanallah MasyaAllah.. sampai2 je kagum dengan ciptaan Allah.. Allah maha berkuasa. Boleh cipta pelbagai jenis, warna dan rupa ikan dan semua sahaja dlm laut dalam tu. 

Oleh kerana i ni tak pandai berenang, takut jugak sebenarnya. Oh ya, sblm snorkeling tu, silalah sewa jaket keselamatan dan gogel yer.. rm20 per person utk 3 hari. Mula2 turun dr bot tu, berdebar jugak la.. takut tenggelam, mujur ade jaket keselamatan tu.. maka timbul lah diri ini di laut dlm tu.. hahaha.. Semua diberikan 1jam snorkeling puas2 kat situ.. 
tangga tingkat atas dalam bilik

tilam tingkat atas


katil bawah

Chalet kami


Snorkeling


snorkeling - open sea

Taman Laut

Open Sea

Dari boat snorkeling kena harung air laut ke tepi pantai

Pemandangan dari tepi pantai pulau redang

Ikan2 tepi pantai pulau redang

pemandangan pulau redang

pemandangan pulau redang

Tunggu boat utk balik sblm transfer ke ferry

Pulau Redang

Redang Lagoon

Redang Lagoon

Redang Lagoon

Redang Lagoon


Pulau Redang


------
Balik dari open sea, kami sambung lagi swimming dan snorkeling tepi pantai. Alhamdulillah.. sepanjang disana cuaca redup je.. tak panas dan tak sunburn mane lah kami. Dlm jam 5 gitu minum petang. Oh ya.. kat sini lauk tghari hidang buffet. Jadi mkn lah puas2 yer. Lauk pun sedap, masakan melayu. mmg sesuai sangat kita duk sini. Lagipun dekat chalet ni org bukan islam tak ramai. maka tak de lah yang tak best sgt. Chalet2 lain yang sebelah menyebelah je, malam2 mesti ade nyanyi2 joget2, pesta arak pun ade, yang ‘sotong’ berjemur tepi pantai tu mmg pandangan biase kat sini.. well pulau kan.. mmg tempat org putih hitam kan badan berjemur..heheh.. 

Makan malam dalam jam 7 malam hingga 9 malam. Malam pertama ni kami ada BBQ.. pihak chalet sediakan ayam, sotong dan ikan utk kita bakar sendiri.. Ambil lah banyak mana pun bakar lah sendiri. Nasi goreng, mee goreng, sos pun ada.. Lepas isyak kami keluar jalan2 sekitar pantai. ada yang buat persembahan tarian, ada yang buat persembahan api.. tp sorry saya tak berminat semua tu. Jadi kite ajak hubby balik bilik.. Baik tidur.. hahaha.. Dlm bilik kami tak de TV, tp internet kat sane 4G jer. Tak pasti bilik sblh ada tak.. talian telefon kami Celcom. talian telefon selain tu kami tak pasti ade kuat atau tak kat situ. 
cafe redang lagoon chalet

sarapan pagi

sarapan pagi - nasi lemak
sarapan pagi

Just nk pesan, kalau korang ke chalet redang lagoon mcm kami, bwk ubat nyamuk elektrik yer! hahaha.. bilik kayu.. apa kamu rasa? lagipun pulau kan.. ofkos la nyamuk ada. Satu lagi jgn bwk mknn yang tak bertutup ke dlm bilik yer.. sbb ada kes cik siti mkn mknn korang.. tau tak cik siti tu apa??? Bilik kami dpt tu ada 2 katil queen.. satu kat bwh.. satu kat tingkat atas. bilik pun ada aircond. bahagian atas ade kipas. Pekerja kat situ ckp kalau ada nyamuk boleh mintak penyembur kat kaunter. tp kami tak mintak pun. sbb seekor hari pertama aku dah tamat riwayat dengan darah melekat kat tgn. dan seekor lagi hubby tamatkan riwayat hari last. Ala tak banyak pun. tp bg diri ini yang pantang dengan nyamuk mmg rase rimas lah jugak. hehehe..

Hari Kedua jam 9.30 pagi kami berkumpul depan cafe untuk ke Taman Laut. Nama tempat ni Marine Park. Asal nama Marine Park ni ialah Pulau pinang.. Ia merupakan penempatan asal penduduk sblm dipindahkan ke pulau redang. Nak ke Taman Laut ni pun kena naik bot. Perjalan kurang 1jam je. Kat ni ikan dia besar2.. Kami diberi masa 1 jam untuk snorkeling puas2 kat Taman Laut ni. 

Balik dari Taman Laut terus mkn tghari, rehat dan solat zuhur. Jam 2.30ptg snorkeling lagi di Open Sea. Buat yang nak ke tempat penyu, boleh beri nama pada org bot. Yang berminat boleh beri nama time Taman laut lagi. Tapi cas akan dikenakan sebanyak rm35 per person utk yang nk ke laut ada penyu. Yang ni bukan dlm pakej chalet. Kami pilih nk snorkeling kat open sea je.. sbb tak puas lagi snorkeling semalam.. hehe. Hari ini kami dibawa ke laut dalam lain dr semalam. Yang ni air dr atas bot nmpk gelap.. bila turun.. fuhhh sejukk airnya.. Tapi kena hati2 sbb banyak terumbu2 karam yang tinggi.. silap2 kena kaki boleh luka. Tapi kat sini ikan nemo, ikan cantik2 dan pelbagai warna sangat cantikkk.. Hebatkan Allah.. MasyaAllah.. 

Masa snorkeling sini pun hanya 1 jam diberikan. Tapi kali ni tak lama.. sbb hujan.. pekerja chalet dah ckp, sini kalau hujan 5-10 minit je. lepas tu dah berhenti. Oleh sbb kami tgh laut, jadi org bot ajak balik. Sbb takut ribut. Sampai je tepi pantai, hubby sambung lagi snorkeling tepi pantai.. Saya jadi pemerhati je la.. sbb tangan dah lenguh. almaklum lah diri ini tak pandai berenang.. nak ke bot pun kena la jugak ala2 berenang walau dah terapung.. hahaha.. 

Petang mcm biase ada mkn ptg.. Lepas tu kami jalan2 sekitar pulau redang. Sepanjang pantai byk chalet dan hotel.. pilih lah nak yang mana. Tapi sy pilih redang lagoon sbb ada surau, owner melayu dan murah.. jimat kan.. Yang penting bg kami boleh cipta kenangan bergambar puas2.. haha.. 

Malam hujan, jadi kami malas nak keluar jalan2.. mcm biase mkn dan tidur awal.. hehe.. Esok pagi2 lepas sarapan jam 7pg kami dah keluar mandi dan snorkeling lagi tepi pantai.. Oh ya. sila bwk roti yer.. ikan kan sini tggu je roti kita bawa.. Tapi plastik roti make sure buang dlm tong sampah yer.. jgn buang dlm laut yang terpelihara tu plak. If korang bg roti mmg cantik ambil gambar dlm air.. sbb korang akan dikelilingi ikan.. what a wonderful world... haaaa.. tepukk.. eh! heheh..

Jam 10 pg siap2 check out dan sambung lagi sessi bergambar sampailah bot transit sampai utk dibawa kami semua ke ferry.. Bye bye Pulau Redang! Best dan happy! Thanks my hubby! Our trip always not plan.. tetiberrrr jerrr.. mujur wifey ni relax jerr.. ahaks! 
 
10/8/2012-10/8/2018 ALFATIHAH BUAT MA (NAFISAH BT ABU BAKAR)

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers