Wah lama tak menaip ni.. rindu.. mcm biasa ikutkan hati nak je tulis hari2 apa yang berlaku.. tapi sejak kerja paling mulia di sisi suami, malas dah nak buka laptop.. kalau buka pun sbb ada kerja urgent yang nak buat.. Lagipun kite mendengar nasihat suami supaya tak terlalu meluahkan atau bercerita takut plak tersalah taip atau buat orang lain tersinggung.. walhal kita cerita tentang kita.. ahaha.. kite kan isteri solehahhahaha... :P
Gerai2 sepanjang Long Beach |
Pemandangan Long Beach Pulau Perhentian |
Pemandangan dari atas Kincir Angin |
MasyaAllah cantik ciptaan Mu |
Jeti Long Beach |
Jernih airnya.. |
MasyaAllah, cantik |
Surau Long Beach |
Masjid Kg Nelayan |
Pemandangan dari Atas Kincir Angin |
Okay... berbalik pada Trip Honeymoon kita untuk kali ni, ke Pulau Perhentian.. Alhamdulillah Allah izin sampai jugak.. jadi semua pulau yang kita nak gi sangat semua dah masuk done list... Jadi kita kongsi sedikit info dan pengalaman kita, mana lah tau boleh jadikan panduan buat kalian semua.. kannnn...
π
-------
3/9/2019-5/9/2019.
Pulau Perhentian.
Long Beach.
Panorama Chalet.
3H2M Honeymoon 2019.
Lama lah jugak plan nak ke sini sebenarnya.. dalam setahun jugak servay.. well i ni jenis tgk org dulu, kalau nmpk best.. maka kite servay dan kumpul duit.. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk capai apa yang kita nak.. kita usaha selagi boleh. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Dan ingat, semua kan akan termakbul dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin , usaha dan plan macam mana pun tak kan terjadi kan... kannn.. ;)
3/9/2019.
.
Alhamdulillah.. First dayπ₯°π❤.
Bertolak dari rumah jam 7pg, sampai di Jeti kuala besut dlm jam 9pg. Naik bot jam 10pg. Sampai di Jeti Long Beach jam 11pg lebih kurang. Kita lalu je Mimpi tu.. Sambil2 bermimpi tdo kat situ.. hahah.. Jam 12 check in bilik Panorama Chalet. Rehat, cari kedai makan (long beach ni kedai mkn mahal skit harganya).
.
Jeti Kuala Besut |
Jom ke chalet kami |
Chalet Kami inap |
Jam 3.30ptg bermulanya panjat bukit utk ke Kincir Angin. Me myself ni jenis tak suka aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh ni.. Ingat kan dekat je panjat bukit tu.. Sekali jauh jugak la.. 500m naik 500m turun..byk jugak onak duri nyaπ. Oh.. mmg tu first dan last.. hahahah..lepas ni tggu ade kemudahan lain utk ke puncak br kita naik balik ke kincir angin tu.. π . Tapi puas hati lah sbb sampai atas je leh bergambar dengan view yang super cantikkk..π.
.
Jom mula kan perjalanan ke Kincir Angin |
Yeay.. dah sampai.. tapi duduk jap sbb penat panjat bukit nak sampai ke puncak |
Maka berbaloi lah sbb dapat amik gambar |
.
Jam 630ptg cepat2 balik bilik. Lepas tu hujan dengan lebatnya.. Malam rehat dlm bilik je. Tapi hubby kiter keluar gi tgk org main api tepi pantai. Me? dah sakit orat panjat bukit.. hahaha.. Oh ya.. Long beach dah ada surauπ₯°. Alhamdulillah. Surau yg hidup 5 waktu. InsyaAllah.
4/9/2019.
.
Day 2. Snorkeling 5 point.
Jam 10pagi tunggu bot mari ambik kat jeti.
1. Turle Beach.
2. Turtle Point.
3. Fish Point.
4. Kg Nelayan.
5. Coral Garden.
.
Antara Coral Point |
.
Satu lagi point Shark point, pemandu bot tu tanye nk gi shark point x, kalau pilih shark point, kg nelayan tak payah pergi.. tp 3 pasang suami isteri yg satu bot dengan kami tak mo pergi. semua nk balik sbb semua wife masing2 dah mabuk laut.. kami je pergi ke kg nelayan. hubby mmg nk gi sgt, sbb nk solat kat masjid situ. Alhamdulillah Allah mudahkan. Tercapai hajat hubby.π₯°.
.
Kami tak pilih shark point sbb satu nak kenal kg nelayan. satu lagi sbb pemandu tu ckp shark kalau kebetulan ada leh ah tgk, tp shark ni laju berenang nya. lagipun me myself penakut, takut shark..π .Jam 2 ptg pemandu bot mai ambik balik lepas hantar 3 pasang lagi balik ke chalet masing2.
.
Balik long beach, cari mkn sblm balik bilik, kemudian balik bilik rehat, mandi tukar baju, sesi bergambar plak ptg tu. Sbb esok dah nk balik. π
Hari kedua, balik je snorkeling terus siap2 utk sesi bergambar plak. Ini aktiviti wajib kami kalau ke mana2. hahahaπ. Well gambar sebagai kenangan tu mmg penting utk ingatan di hari mendatang.π₯°.
5/9/2019.
.
Hari ke 3, pagi2 lagi dah berendam dlm air laut. sbb jam 11 pg dah check out. 12tgahri dah kena tggu bot kat jeti. Kena balik dah. π₯Ί. Kami tak puas lagi main air ni.. hahahah. Panorama chalet ni, dlm pakej kami servay ckp 24hours electric, tp bile nk check in br tau 18jam je elektrik die hidup. jam 8pg-12pg tak de letrik, jam 4-6ptg pun tak de letrik. Maklumlah chalet budget elektrik hidup dengan generator.ada masa nya. Maybe sbb time tu tak de kat bilik jugak. Bilik kami ade aircond. Malam2 sejuk giler. Kalau hubby tak de gi surau 5 waktu tu, time tu la i tutup aircond. hahaha.π€. walau ada aircond, make sure bwk ubat nyamuk elektrik ye. Besar2 nyamuk sini. nmpk bilik dah tertutup semua. Tapi ade jugak nyamuk masuk. Maybe masuk time kami keluar masuk bilik tu.π
.
Snap gambar beratus pun. last2 cuma satu 2 ke yg di pilih.. ☺️π. Bab makan, walau mahal, tp semua mknn kat long beach ni sedap. Dan menu kami hari2 nasi goreng paprik, pagi ke tghari ke ptg ke. Repeat sbb sedap. Mee hun tom yam dia pun sedap giler. Berbaloi lah harga rm10-15 sepinggan pun. Oh ya, dinasihatkan kalau sape2 nk pergi sini, bwk bekal roti atau mknn ringan. Ha.. mineral water wajib bwk byk. sbb kat sini mineral die mahal. Kalau kat kg nelayan harga biase. Long beach je mahal.
.
.
And now, 3 pulau as my wish dah ✅.. Pulau kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.Alhamdulillah. Next hubby ckp ke pulau redang tahun depan. Jom simpan duit lagi. π€ππ₯°ππ❤️
LOVE |
Apa pun Alhamdulillah... dapat melihat ciptaan Allah yang maha hebat.. cantik.. Kami pergi ni time weekday.. jadi mmg tak de org pun.. mmg jenis kami suka bercuti time orang tak ramai.. Best banyakkkkk.. :)