Assalamualaikum..
Di sini saya ingin kongsikan sedikit info tentang
Galeri Jambatan Angkat Terengganu. Well mana lah tau ada antara kalian yang nak datang Terengganu yang beriman nii.. heheh.. Alhamdulillah Allah izin kan Jambatan Angkat ni terbina di Kuala Terengganu dan menjadi mercu tanda pelancongan. Hebat Allah bg idea makhluknya untuk buat semua ni.. Masya Allah.
|
Drawbridge Terengganu |
|
Sesuai dengan nama, Jambatan Angkat.. See i dah angkat tu.. hahah.. :P |
Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu yang menggunakan sistem
teknologi hidraulik bascule termaju menjadi jambatan keempat
menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selain tiga jambatan lagi
iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau
Sekati.
|
View Jambatan Angkat di malam hari |
Manakala Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau
drawbridge di sini yang merupakan ikon baharu Terengganu dibuka
kepada umum bermula 15 September 2019.
Harga tiket ditetapkan sempena pembukaan adalah serendah RM5 untuk semua
warga negara Malaysia. Bagi bukan warga negara pula, harga tiket adalah
RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak untuk tempoh terhad. Galeri dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
|
View dlm Galeri Jambatan Angkat |
|
Lantai cermin |
Apa yang ada dalam galeri tu? Setakat ni hanya ada pameran lukisan dari pelukis tempatan. Buat yang sukakan Art.. boleh lah relax2 atas tu sambil menghayati hasil seni lukisan yang ada.. Jangan risau, dalam tu berhawa dingin.. jadi nak duduk lama pun.. biarlah berbaloi dengan bayaran. Sambil2 tu boleh lah ambil gambar view dari atas nampak semua kat bawah tu.. Selain tu ada wing tepi yang ada lantai cermin. Jadi boleh lah pijak dan bergambar acah2 berani..Cume view nmpk bawah tu tak berapa menarik. Tapi boleh lah, sekadar bergambar dan sekadar merasai pengalaman ke Galeri Jambatan Angkat.
|
Parking bawah jambatan |
|
Laluan masuk dan keluar parking tepi Jambatan Angkat |
|
Masuk pintu putih tu, naik lif ke tingkat 1 |
|
Keluar pintu utk ke Galeri |
|
Jalan untuk ke kaunter Galeri |
Oh ya, buat yang nak ke galeri ni, boleh lah parking kereta betul2 bawah jambatan tu, ada signboard menghala ke bawah jambatan. Lepas parking tu naik lif ke tingkat 1 dan lepas tu jalan skit utk ke Galeri tu. Sambil2 jalan tu boleh ambil gambar cantik2 sepanjang jalan tu. Beli tiket kat kaunter tiket, dan naik ke atas utk ke Galeri. Jangan lupa beli lah fridge magnet sebagai kenangan..
|
Sambil2 jalan tu boleh lah snap gambar ! |
Okay dah sedikit info dari kami.. Selamat datang ke Terengganu! Eh! hahaha :P
0 comments:
Post a Comment