Blogger Widgets

Wednesday, December 29, 2010

Cameron Highlands 22-24Dis2010~

Posted by moonlight at 10:18 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....

Pg 22 hb 12...kami bertolak dari tganu ke cameron...sebenarnye...ni adalah trip dari company..company sponsor minyak dan bilik apartment..alhamdulillah..semoga company aku byk dapat projek lepas ni...amin...
taklimat sebelum bertolak

sebelum bertolak

ni la peluang aku n hubby nak honeymoon pun..hahah...da lame sgt nak gi ke cameron ...dari pas kawin..nak sgt gi..alhamdulillah..syukur dipermudahkan...thanks to our BB..;)..
pemandangan highway

jalan felda
lebih kurang 23 buah kereta berkonvoi..tapi kami  diberi tugasan dalam pertandingan treasure hunt..dalam perjalanan ke cameron..kena jawab teka teki..name2 kedai..huhu..byk jugak la salah aku jwb..al maklum la..my hubby pandu kete dgn laju nye..heheh..tapi tak pe..kami dapat saguhati pun syukur..dapat la wat alik 2 hamper...ha..nak tau apa hadiah juara..diorang dapat tiket percutian ke genting highland..wawaawa....tempat feveret aku tu...da 2 kali gi sane..tapi masih tak puas nak main2 lagi n honeymoon ngan hubby dalam suasana yang nyaman da sejuk..i likkkkeeeee...;)...tahniah puan juara..hebat tu..anak2 dara 3 org...kalah kaum lelaki..ekekek...
apartment kami
hari pertama tu..tak gi mane mase sampai..sbb sampai pun da petang..dalam kul 4..pastu malam tu...menggagahkan diri ke pasar malam cameron..servay2 dulu...wah...mmg memukau mata aku..ye la..byk sgt warna pink...suke2..heheh..bg aku siang kat cameron tak la sejuk sgt...malam plak mmg sejuk..takpee....aku suke sejuk2 malam ni..heheh...
pasar malam cameron
sok nye 23/12..kami beramai2 ke  Agro Technology Park in MARDI
agro mardi

..erm mule2 masuk..beli strawberi satu bekas..hehe..erm manis sekali...habis satu bekas aku mkn..murah lak tu..rm5 byk tul..pastu jalan2 ambik gambo dalam tu..sgt teruja sbb byk pokok bunga yan cantik..pastu kami ke ladang teh cameron valley..hik hik..aku sgt fobia..nak turun ke ladang teh tu..ye la..bile aku turun je rase mcm nak tergelincir..ye la my sandle licin la..heheh...almaklum la..sungguh curam ladang itew~~...
ladang teh
after that..eheh...kami beramai2..ke rumah inggeris..bergambar je..pastu terus ke ladang strawberi al mashor..kat situ la leh rase aiskrim strawberi yang best..masam2 manis..nyum!...tapi aiskrim ni..wife rakan sekerja aku yang lanje..thanks to kak neny..;)..semoga dimurahkan rezeki..
rumah inggeris~with kwn2~
dalam kul 3 da balik ke apartment..oh ye lupe..apartment yang kami inap ni..honeymoon villa apartment..sgt selesa..3 bilik..tapi tak same la mcm dalam link tu..dalam die sgt kemas n selesa..siap ade dapur lagi tu masak2..n ade peti ais..kena balik awal...sbb nye kul 4 ada acara bg hadiah treasure hunt acara kanak2 bertanding lak..lepas selesai semua..kami pun ke pasar malam balik...bli pe2 yang patut tuk bwk balik sok..ye la..soknye da kena bertolak awal..elak lalu lebuh raya kenyir yang gelap itew...
honeymoon villa apartment
soknye..kami ke pasar kea..kat situ la kami stat membeli buah2 strawberi tuk bg family n kwn2 terdekat..sebenarnye..ni bukan musim buah strawberi..sbb tu sgt mahal harga nye..ni pun tau sbb makcik jual tu ckp..ni bukan musim..sbb tu jadi mahal..hehe..takpe..beli je yang termampu..kami tak pergi pun kat ladang starwberi yang leh petik sdiri dan leh beli buah tu..tak sempat...lepas da beli2 tu...aku n hubby ke taman rama2 ...
taman rama2~with hubby~
lepas tu sempat gak la gi beli pokok2 sebelah taman ni..hehe..mama ku n mak mentua suke menanam..jadi beli sorang satu pokok bunga..tak lupe juga..kami pun beli tuk rumah kami nnti...lepas tu kami memecut la pulang..mengejar kereta2 len yang da bertolak dari td...alhamddulillah...kami sempat berkonvoi dgn diorang...jupe kat R n R gua musang..berhenti mkn n solat..on the way balik tu...singgah la jap kat santuari gajah tasik kenyir...

ha..setakat itu je la..pnt da menaip...skang org len tgh sibuk tgk bola..aku tak berminat...sbb aku berdebar..ish2..jantung ku berdegup kencang..baik aku tau je keputusan..pe pun..aku sgt bangga...Malaysia Boleh!!...kan da terbukti malaysia hebat..indonesia..terima la hakikat itu..jn byk tuduhan...tak baik tau...;)

adios...

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

Posted by moonlight at 10:04 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Dulu sebelum kahwin..mmg sejak kecik lagi..bile tiba nye akhir tahun hijriah..bak akan baca doa ni same2 ngan anak2..skang da kawin duk asing..da tak leh same2 baca ngan bak..hohoh...


ni ada doa akan dititipkan..same2 la kite baca petang nnti selepas asar yer..semoga diberi keberkatan pada doa yang dipohon..amin...


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
  doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s: skang kena baca sendiri la nmpknye..atau my hubby akan ajak baca petang ni...hmm..just wait n see je la.:P...jgn lupa baca petang asar ni ye..ngan magrib ni..hari ni tau...6/12/2010

Tuesday, February 2, 2010

Kajian tentang sifat manusia

Posted by moonlight at 10:56 PM 1 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam u olz..heheh...u olz tu..mcm la ade org bace blog aku ni kan...hahah..tak pe la saje nak tulis..mmg tak de keje...jadi mai la kite menulis pe yang kite dapat atau bace..heheh...
td mase main2 internet ngan facebook..aku terjumpa la kuiz2 mcm ni..benda ni pun da lama ada..dari dulu lagi..seme ni kajian dari doktor fadhilah kamsah..ada yang betul atau kena..ade gak yang tak tul kan..hehe..skang aku nk ulas pe yang telah di kaji atas bulan kelahiran aku...


Sunday, January 17, 2010

KELEBIHAN AYATUL KURSI

Posted by moonlight at 12:03 PM 0 comments
KELEBIHAN AYATUL KURSI
Post Last Edit by yarid at 28-12-2009 13:59



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah saw.. dengan segera memerintahkan Zaid b tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah swt.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah swt.
Syeikh Abu Abbas ra ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah.. Allah swt akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah swt hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah swt memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah swt sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah swt daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah swt, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah swt
mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain.. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah swt memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah swt menganugerahkan dia hati2 orang yang bersyukur perbuatan orang2 yang
benar, pahala nabi2 juga Allah swt melimpahkan padanya rahmat. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah ibnu ' Amr r.a... , Rasullullah saw bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers