kali ni kongsi skit hukum atau akibatnye mengumpul solat..contoh nya solat zuhur di akhir waktu dan sekali dengan solat asar.
bagi yang telah melakukan nye atau lalai dengan waktu solat ni..sila la berubah..igt..azab Allah itu pedih.. kdg2 bile kite kerja kita konon nye dengan niat tak nak curi waktu kerja..walhal apa lah salah nye solat di awal waktu yang hanya 5 minit je pun paling lama..(mungkin ada lagi lama)..jgn jadikan alasan kerja atau kondisi diri sebagai alasan..
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang
lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar
(sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik
sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan
waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang
lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya,
maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan
hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka
sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika
mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat
kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
0 comments:
Post a Comment