Blogger Widgets

Tuesday, February 19, 2019

Santuni Orang Tua

Posted by moonlight at 3:24 PM
Suatu kisah yang berlaku di depan mata dan perlu diikuti..

Disebuah kedai makan, ada seorang pakcik agak berusia, baju lusuh berkain pelikat dan berkopiah. Duduk di sudut hujung meja.. Dengan suara yang lantang meminta “air tea ais satu”.. tp pekerja kat situ mcm tak melayan permintaan pakcik tu..
(jgn buruk sangka pada pelayan ye, maybe ada sesuatu yang kita tak tau cerita sebalik sikap pelayan tu pada pakcik tu.. Wallahualam)

Dalam hati kami, kesiannya pakcik ni. Padahal pakcik tu sebelah meja kami je.. Tapi kami hanya memandang dan tak tau apa perlu buat. Allah datangkan seorang kakak, kakak ni bagi saya dia sangat mulia dan akhlak Rasulullah.. hebat kakak ni, sy doakan dia dipermudahkan urusan dan diberi ganjaran terbaik di sisi Allah.. aminn..

Apa kakak ni buat? Kakak tu mula2 bertanyakan pakcik tu, “pakcik ada orang tak duduk meja ni?” meja pakcik tu duduk ada 4 lagi kerusi kosong. Pak cik tu jawab dengan isyarat tangan tunjuk pada telinga. Isyarat tu bgtau yang pakcik tu tak berapa dengar.. Dan sekali lagi akak tu tanya soalan yang sama.. dengan isyarat tangan. Lepas tu baru pakcik tu jawab “tak de orang, duduk lah”..

Sebelum akak tu duduk akak tu tanye, “pakcik nk mkn?”. Pak cik tu angguk. Kakak tu pun pergi ambil nasi dan lauk pada pakcik tu dan nasi buat kakak tu juga. Lepas tu datang pekerja kedai tanye kakak tu “nak order air apa?”.. Kakak tu order air utk nya dan tanya “pakcik nak air apa?” pakcik tu jwb “air tea ais”.. tapi sekali lagi pekerja tu tetap tak layan pakcik tu order. Air akak tu sampai tp air pakcik tu belum juga sampai.

Sekali lagi kawan kakak tu panggil pekerja tu, “dik tea ais satu lagi yer”. Pekerja tu tersenyum sinis. Maka air tea ais pakcik tu pun sampai akhirnya pada pakcik tu. Alhamdulillah. Apa yang terjadi dan apa cerita antara pekerja kedai itu dengan pakcik tu, biar lah kita bersangka baik. Mesti ada sbb mengapa pekerja tu bertindak demikian. Sebab setahu kami pekerja tu seorang yang baik.

Pakcik tadi makan dan minum sehingga licin.. Alhamdulillah.. Kakak tu belanja pakcik tu makan, sblm kakak tu balik, kakak tu sempat bgtau pakcik tu, “sy balik dulu ye pakcik” pakcik tu angguk.. huhuh.. sungguh baik wahai kakak yang mulia.. (sebak 🥺🥺🥺)

Dari sudut baik dan patut kita ikuti, sikap kakak tu, dia menyantuni pakcik tu, melayan dan menghormati pakcik tu, tanpa memandang rupa pakcik tu. Sayu juga tgk kejadian depan mata ni.. teringat kat arwah bak, maybe usia pakcik tu lebih kurang arwah bak je. (Alfatihah buat bak tersayang).. Jika ayah kita di tempat pakcik tu, adakah kita boleh buat apa yang kakak tu buat? padahal tak kenal pun, tp kakak tu melayan pakcik tu mcm dia kenal dan macam kita melayan ayah sendiri.. Allahuakbar.

Moralnya.. Hormati orang tua. Sayangi mereka. Terima kasih buat kakak tu dan kawan2 nya kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Akhlak Rasulullah..🥰

Maafkan kekhilafan kami yang hanya mampu tgk dan berdoa dlm hati supaya urusan pakcik tu dipermudahkan oleh Allah. Lemah iman kami reaksi kejadian dengan hati.. Tapi kuat iman kakak tu sbb melalui tindakan beliau reaksi kejadian. Hebat!

Sekian dari sy dengan tujuan sekadar berkongsi dari sisi yang baik utk diikuti bersama.. 🤪🤗😆

Wassalam.

2 comments:

Aini said...

tq for reminder my dear friend....

moonlight said...

same2 dear.. :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers