Blogger Widgets

Thursday, March 14, 2019

Tempat wajib lawati Kota Kinabalu

Posted by moonlight at 8:32 PM
Tempat wajib lawati Kota Kinabalu:
 
Pasar Depan Pantai Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru










  • Pantai Tanjung Aru - kat sini kalau pergi dalam jam 5 atau 6 dah boleh tggu sunset.. cantij sangat utk ambil gambar, tapi time kami pergi hujan.. jadi awan tebal, matahari turun tak mahu tunjukkan diri. jawabnya balik je la..hehe
  • Rumah terbalik  - Yang ni, nak masuk 3D boleh, tapi tak berapa nak rekemen sbb tak secantik 3D art kat langkawi. Dan dalam rumah terbalik pun tak digalakkan. sbb tak de apa menarik dlm tu.. Jadi bg yang nak jimat dan nak cepat sampai ke Kundasang, boleh ambil gambar kat luar rumah terbalik dan kereta terbalik tu pun dah okay.
    Rumah Terbalik
  • Menara Tun Mustapha (Roket) - menara ni maybe kalau ada seni ambil gambar, maybe cantik kot.. hehe..
  • Muzium Sabah - Well yang ni mmg sy suka, sbb dlm ni boleh tgk artifak2, sejarah semua.
  • Heritage Village - sebelah je dalam kawasan muzium jugak
  • Signal Hill Observatory Platform - naik atas ni boleh tgk dari atas pemandangan bandar sabah.
  • Perdana Park - yang ni pergi malam yer.. sbb air pancut berirama buka jam 7ptg mcm tu..
  • Masjid Bandaraya/ Masjid Terapung - Yang ni pun cantik, tp time kami pergi asyik hujan je.. hujan rintik2 je.. tapi sedikit sebanyak mengganggu sessi fotografi kami. hehe

  • Kota Kinabalu Waterfront
  • I ❤️ KK sign - tempat wajib sbb br la ada bukti sampai KK..hahah
  • Waterfront Seafood Night Market /Todak -  wajib mkn sini, buka dlm jam 5.30 ptg sampai malam. seafood fresh dan murah dari semenanjung, masakan pun sedap.

  • Jambatan Gantung Tamparuli - berhenti kejap just utk ambil gambar. masa on the way ke Kundasang.
  • Pasar Malam Sinsuran - boleh beli ole2 kat sini. pandai2 lah korang tawar menawar.

    bilis sabah katanye, tapi baru tahu nak cari bilis sila cari bilis mata biru

    kerongsang mutiara

    atas tu namanya amplang, bawah tu namanya kuih cincin
  • Pasar Filipino - kat sini pun sama. pandai2 lah tawar menawar. hehe

Sekian. (Sebenarnya malas nak menaip sangat, kalau rajin ni banyak dah penerangan. hahaha)

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers