Blogger Widgets

Friday, October 17, 2014

KESAN MINYAK KELAPA DARA

Posted by moonlight at 3:48 PM
assalamualaikum..

seperti yang kita tahu Miracle Refreshing spray mengandungi minyak kepala dara.. kalau readers my blog ni baca pos yang lepas akan tahu kandungan MRS..ok.. hari jumaat yang barakah ni.. jom tambah ilmu skit dengan info kat bawah..

nk beli MRS --- whatsapp 013 912 2428
----------------

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses TANPA penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya.

Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari dan tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan.

Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Dr. Ian yang melakukan penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand merumuskan, penduduk pulau Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan mempunyai  paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser yang menjadikan kelapa sebagai diet harian.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan. Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semulajadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat. Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan. Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan.

Pada tahun 1990- an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

ANTARA KANDUNGANNYA

Ianya terdiri daripada 92% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan di antara lemak tepu yang terbaik di antara lemak tepu lain, khusus untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian panjang fatty acid yang berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada proses penghadaman dan perkumuhan.

Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial.

Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino.

Antara asid lemak yang terdapat di dalam minyak kelapa dara ialah Caproic Acid, Caprylic Acid, Capric Acid, Lauric Acid dan Myristic Acid.

Pengambilan minyak kelapa dara ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG KESAN toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.

MEMBERI NUTRISI KEPADA WANITA, WANITA HAMIL JUGA BAYI YANG DISUSUKAN.

Dalam minyak kelapa dara telah terkandung MCFA (Medium Chain Fatty Acid), yang merupakan komponen asam lemak berantai sedang yang memiliki banyak fungsi.

Beberapa fungsi MCFA antara lain :

Memudahkan bayi menyerap nutrisi
Memperbaiki penyerapan vitamin, mineral, dan protein yang boleh dilarutkan lemak
Meningkatkan penyerapan kalsium yang penting bagi pertumbuhan bayi
Melindungi bayi dari mikroorganisme berbahaya
Minyak kelapa dara akan meningkatkan MCFA pada ibu yang menyusukan bayi sehingga tiga kali ganda.
Pemberian makanan yang mengandung MCFA pada ibu yang menyusukan bayi akan menghasilkan air susu yang kaya akan MCFA.

Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh membantu dalam proses bersalin sehingga selesai proses bersalin. Minyak kelapa dara juga mampu mengembalikan kesihatan kepada para ibu yang telah melahirkan bayi.

INFO TAMBAHAN BAGI WANITA HAMIL

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated‘ dan 15-20% ‘polyunsaturated’.

Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid.

Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes, bakteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.

Paras kandungan antimikrobial fatty acids tersebut mungkin serendah 3-4%  tetapi apabila seorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

Kajian  telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar TIGA KALI GANDA, manakala  kandungan capric acid  akan bertambah sekitar DUA KALI GANDA.

Bagi sesetengah ibu  di beberapa negara,  paras kandungan lauric acid dan capric acid di dalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6%  (bagi capric acid).

Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa.

(lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998) juga boleh rujuk melalui Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan, kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam  dan  ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah tiroid.

Juga terdapat beberapa kajian dan perakuan dari pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan rekahan pada perut (stretch-mark) selepas bersalin.

KESAN-KESAN MINYAK KELAPA DARA

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut :

Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
Meningkat kadar metabolisma badan
Anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
Anti oxida semulajadi
Meningkat fungsi kelenjar tiroid
Melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
Tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
Meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
Berupaya menurunkan berat badan
Meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
Membekal sumber tenaga dengan cepat
Melembab dan melembutkan kulit
Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
Mengurangkan kesan keracunan makanan
Membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
Mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
Mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
Mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
Mengurangkan risiko dan kesan demam
Mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
Mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
Mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
Mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
Melancarkan kitaran haid & mengimbangi hormon

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers